saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/10/2010

Akhramsyah buat fitnah, bohong

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Bekas Presiden Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC), Tan Sri Syed Hamid Albar menyifatkan tuduhan bahawa beliau memindahkan harta dan liabiliti MAYC kepada Yayasan MAYC sebagai fitnah serta pembohongan besar oleh individu tidak bertanggungjawab.

Malah, Syed Hamid turut menyangkal dakwaan individu terbabit, Akhramsyah Muamar Ubaidah Sanusi bahawa beliau kini pengerusi yayasan itu yang ditubuhkan 19 tahun lalu.

Beliau percaya tindakan tersebut semata-mata mahu menjejaskan imejnya dan menjelaskan, Akhramsyah Muamar Ubaidah bukan Presiden MAYC seperti yang didakwanya selama ini.

"Walaupun saya pernah menerajui MAYC, itu tidak bermakna saya turut terlibat dengan Yayasan MAYC. Saya langsung tidak ada kepentingan di dalam yayasan tersebut sama ada sebagai pengerusi atau lain-lain jawatan.

"Oleh itu, segala tuduhan serta dakwaan Akhramsyah Muamar Ubaidah kepada saya berhubung isu pemindahan harta MAYC merupakan satu bentuk fitnah serta pembohongan besar yang sengaja dilakukan.

"Saya juga amat hairan bagaimana dia tergamak mengaku sebagai Presiden MAYC sedangkan pelantikannya tidak pernah diiktiraf," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Akhramsyah Muamar Ubaidah mengenai kecurigaan kepimpinan MAYC terhadap usaha Syed Hamid memindahkan harta dan liabiliti MAYC kepada Yayasan MAYC yang didaftar sebagai syarikat pada awal 1990-an.

Akhramsyah Muamar Ubaidah mendakwa pemindahan harta MAYC kepada yayasan itu yang dibuat pada 26 September lalu akan menyaksikan aset bernilai berjuta-juta ringgit itu terus kekal di bawah kuasa Syed Hamid.

Mengulas lanjut, Syed Hamid secara peribadi mengakui yang beliau sedih dengan tindakan Akhramsyah Muamar Ubaidah kerana jelas dakwaan tersebut tidak benar dan tidak berasas.

Beliau berkata, sekiranya benar dakwaan itu laporan polis sepatutnya dibuat dan bukannya sekadar mendedahkannya di media.

"Saya telah menerajui MAYC sejak sekian lama dan dalam tempoh itu tidak terdetik di hati saya untuk mengambil atau makan wang MAYC sebaliknya wang saya yang digunakan untuk MAYC.

"Bagi saya MAYC adalah amanah dan saya bertanggungjawab untuk menjaganya sepanjang saya diberi kepercayaan menjadi presiden.

"Alhamdulillah sehinggalah pemilihan MAYC pada 26 September lalu, saya telah menyerahkan jawatan Presiden MAYC kepada Mustaffa Mat Arop selepas beliau menang pada pemilihan itu," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihak MAYC telah membuat satu laporan polis mengenai tindak tanduk Akhramsyah Muamar Ubaidah serta pengakuannya sebagai presiden pertubuhan tersebut.

"Saya amat berharap siasatan dapat dilakukan segera kerana kita tidak mahu masa depan MAYC terjejas," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Hamid menasihatkan kumpulan yang menyokong Akhramsyah Muamar Ubaidah supaya lebih bersabar dalam perjuangan dan jangan tamak merebut kuasa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.