saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 12/10/2010

Keenakan kelapa, lokan bakar Sabah


Orang ramai menjamu selera dengan minuman kelapa bakar di Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, baru-baru ini.


KOTA KINABALU 11 Okt. - Sebut sahaja kelapa dan lokan bakar di Sabah, pasti anda akan dimaklumkan tentang deretan gerai di sepanjang Jalan Sulaman, Kota Kinabalu di sini yang menjual makanan serta minuman tersebut.

Keenakan dan kesegaran lokan serta keunikan kelapa bakar memberikan pilihan baru kepada pelancong yang mengunjungi kawasan tersebut yang turut terkenal dengan pantai dan resort pelancongan mewah.

Justeru, ada pendapat mengatakan kunjungan ke kawasan yang terletak di tengah-tengah antara Kota Kinabalu dan Tuaran itu tidak akan lengkap jika tidak singgah di gerai kelapa dan lokan bakar.

Bagi Muhamad Azri, 24, dia mula menggemari kelapa bakar kerana ia boleh menjadi penawar dan menghilangkan panas badan.

Katanya, selain berkhasiat, kelapa bakar sedap untuk dinikmati kerana ia mempunyai aroma yang sangat wangi serta ditambah dengan perisa tambahan seperti pandan.

"Hendak lagi sedap, campurkan kelapa bakar dengan madu. Saya jamin ia akan memberi kepuasan yang tidak terhingga," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Awil Kamsari, 32, berkata, dia dan rakan-rakan sering berkunjung ke jalan itu untuk menikmati kelapa dan lokan bakar yang menjadi perbualan orang ramai.

Kakitangan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) itu berkata, selain mahu menikmati keenakan lokan bakar bersama cicah yang istimewa, kelapa bakar turut menjadi tarikan.

Katanya, selain sukar untuk diperoleh, kelapa bakar mempunyai khasiat tersendiri dalam bidang perubatan apabila ia dipercayai mampu menjadi pencegah terbaik untuk penyakit batu karang.

"Kelapa bakar baik untuk kesihatan dan ia merupakan langkah awal yang boleh diamalkan untuk mencegah penyakit batu karang," katanya.

Sementara itu Tan Abdul Kirry, 42, berkata, dia yang tinggal di Sarawak sering mendengar orang ramai memperkatakan tentang keenakan kelapa bakar di Sabah.

Dia yang berkhidmat sebagai guru berkata, kelapa bakar tidak ada di negeri kelahirannya itu dan jika berkunjung ke Sabah, dia berusaha mencarinya.

"Kelapa bakar adalah makanan yang unik dan ia berkhasiat kerana dipercayai mampu mencuci pundi kencing," katanya.

Bagi penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS), Steven Low, 24, dia sering ke Jalan Sulaman bagi menikmati lokan dan kelapa bakar.

Dia yang berasal dari Kuala Lumpur berkata, selain sangat sedap, ia juga mampu menyejukkan badan terutama ketika cuaca panas.

"Ayah saya yang pertama kali merasainya turut memuji kesedapan air kelapa bakar dan lokan di sini," katanya.

Sementara itu Maidin Ibrahim, 38, berkata, dia pasti akan singgah di gerai kelapa bakar jika melalui Jalan Sulaman.

"Kelapa bakar mampu membuang angin dalam badan dan meneutralkan kandungan asid ekoran pengambilan makanan laut yang berlebihan," katanya.

Bagi Firdaus Abdullah, 38, lokan segar serta perencah yang digunakan membuatkan dia sentiasa teringin untuk menikmati makanan laut itu.

Nuramalina Mohamad Arbi, 19, pula berkata, dia yang baru menetap di Sabah kerana melanjutkan pelajaran telah disarankan oleh kawan-kawan untuk merasai kelazatan lokan dan kelapa bakar.

Penuntut Institusi Perguruan Kampus Kent itu berkata, kelapa bakar adalah hidangan yang unik dan isinya sangat lembut selain dikatakan mempunyai khasiat untuk awet muda.

"Ini kali pertama saya merasainya dan ia sangat sedap. Tidak sia-sia saya bersama rakan-rakan datang ke sini dan saya pasti akan berkunjung ke sini lagi," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.