EKONOMI
ARKIB : 14/10/2010
STA tingkat keyakinan pelabur
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Akta Perdagangan Strategik (STA) 2010 bukan hanya akan meningkatkan keyakinan pelabur asing untuk melabur di Malaysia tetapi juga membolehkan kerajaan memantau sebarang kemungkinan pengeluaran senjata pemusnah besar-besaran dalam negara.
STA, yang diwartakan pada Jun tahun ini akan menyediakan kawalan terhadap eksport, pemindahan, transit dan pembrokeran barangan strategik termasuk senjata dan bahan berkaitan dan aktiviti-aktiviti lain, yang akan atau mungkin menyumbang kepada reka bentuk, pembangunan dan pembuatan senjata pemusnah besar-besaran.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bermula bulan ini, semua pengeksport dan broker yang mengendalikan barangan strategik di bawah akta tersebut perlu mendaftar melalui sistem dalam talian.
"Kira-kira 30 peratus daripada jumlah eksport negara akan terlibat dalam pelaksanaan STA ini," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran sistem pendaftaran dalam talian STA di sini hari ini.
Bagi menyokong langkah ini, lapan syarikat multinational iaitu Intel, Panasonic, Infineon, Texas Instruments, DHL, Motorola, Ericsson and Dallab Crytography, bersetuju menjadi antara yang pertama mendaftar.
Mustapa berkata, Malaysia akan menjadi negara kedua di ASEAN selepas Singapura yang melaksanakan perundangan sedemikian.
Singapura melaksanakan perundangan berkenaan iaitu Akta Kawalan Barangan Strategik pada 2004.
STA itu adalah selaras dengan Resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu 1540 yang meminta semua negara anggota mewujudkan kawalan peraturan dan undang-undang komprehensif bagi mengawal pengeksportan barangan-barang strategik dan teknologi.
Katanya, STA itu akan berkuat kuasa sepenuhnya pada Julai 2011 dan akan menyaksikan kira-kira 1,569 barangan termasuk dalam pelaksanaan Akta ini.
"Pengenalan STA akan memberi keyakinan kepada pelabur dan rakan dagang bagi meningkatkan hubungan pelaburan dan perdagangan dengan Malaysia.
"Ia juga akan menggalakkan sistem yang telus yang membolehkan pemindahan teknologi yang lebih besar," katanya.
Bagi memudahkan pelaksanaan akta ini, kementerian menubuhkan Sekretariat Perdagangan Strategik yang akan bertanggungjawab bukan hanya terhadap pelaksanaan tetapi juga mewujudkan kesedaran di kalangan mereka yang berkepentingan, katanya.
"Sekretariat ini kini dalam proses akhir memuktamadkan dokumen sebelum mewartakannya, yang akan siap dalam masa beberapa minggu.
"Syarikat-syarikat diberi tempoh tiga bulan untuk mendaftar maklumat syarikat, produk dan pengguna akhir mereka secara dalam talian," katanya.
Peningkatan bukti kerajaan prihatin
Penerima BR1M dinasihat waspada SMS, emel palsu
Bajet 2015 pacu ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi
Pelaburan di Pulau Pinang meningkat - MIDA
Johor terima pelaburan RM18.6 bilion
Bajet: Komitmen kerajaan untuk rakyat
Gaji sektor perbankan dan kewangan tumbuh paling tinggi di Malaysia
Najib hadiri Asem 2014 di Milan
Kerajaan perlu wujudkan kembali MeCD
ECERDC tarik pelabur Singapura
BNM kumpul maklumat transaksi kad
CGT masih tidak sesuai
Usahawan bumiputera perlu ada penggerak
Wujudkan Dana Penstabilan Harga
Kerajaan, MIDA tidak pernah diskriminasi
Bajet 2015: RM1 bilion untuk PKS
MIDA dijangka lulus RM65 bilion pelaburan
Sektor francais sumbang RM25.6b kepada KDNK
GST: Kelegaan rakyat perlu diteruskan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












