saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 14/10/2010

Rocky's Bru beri keterangan di SKMM

PUTRAJAYA 13 Okt. - Penulis blog Rocky's Bru, Datuk Ahirudin Attan (gambar) hari ini memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di sini berhubung laporan polis yang dibuat oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berhubung projek jalur lebar.

Ahiruddin mula memberi keterangan pada pukul 11.30 pagi kepada seorang pegawai SKMM dan hanya selesai satu jam setengah kemudian.

Beliau yang ditemui pemberita selepas memberikan keterangan berkata, kerjasama penuh telah diberikan kepada pihak SKMM bagi membolehkan siasatan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

"Saya memberikan kerjasama kepada SKMM seperti yang diarahkan dan tidak timbul sebarang masalah mengenai perkara itu.

"Soalan yang ditanya oleh pegawai itu adalah berdasarkan perkara rutin seperti memastikan adakah blog itu milik saya dan beberapa lagi perkara rutin lain," katanya.

Semalam, Rais membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur berhubung dakwaan blog Rocky's Bru kononnya anak beliau mempunyai kepentingan dalam kementerian terbabit dengan memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.

Difahamkan, beliau turut membuat laporan sama terhadap blog Taikors and Taikuns (TnT) dan bigdogdotcom.

Ahiruddin berkata, beliau juga bersedia menyerahkan komputer peribadinya kepada SKMM seperti yang dikehendaki bagi siasatan lanjut.

Katanya, sehingga kini beliau belum dihubungi polis untuk memberikan keterangan mengenai perkara tersebut dan yakin akan dipanggil dalam masa terdekat ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.