saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 15/10/2010

Klinik Mentakab siap awal 2011


CHUAH Boon Seong (dua dari kanan) berbincang dengan kontraktor dan Sallehuddin Ishak (dua dari kiri) sewaktu melawat bangunan baru Klinik Kesihatan Mentakab, baru-baru ini.


TEMERLOH 14 Okt. - Lebih 50,000 penduduk di bandar Mentakab dekat sini bakal menikmati kemudahan Klinik Kesihatan baru bernilai RM20 juta awal tahun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Datuk Chuah Boon Seong berkata, projek yang dilaksanakan di atas tapak Hospital Mentakab yang dimulakan akhir 2008 itu turut dilengkapi kuarters yang mampu menempatkan 26 kakitangan termasuk doktor.

Menurutnya, dengan pembinaan bangunan baru itu, Klinik Kesihatan Mentakab kini mempunyai kemudahan farmasi, pakar gigi dan bilik pengimejan selain waktu perkhidmatan dilanjutkan hingga pukul 9 malam.

''Beberapa kemudahan seperti rawatan pesakit luar, klinik ibu dan anak serta makmal sedia ada dikekalkan bagi menampung lebih 10,000 pesakit sebulan di sekitar Mentakab," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pembinaan Klinik Kesihatan Mentakab bersama Pegawai Daerah, Datuk Dr. Sallehuddin Ishak di sini semalam.

Boon Seong berkata, beliau sendiri akan membuat rayuan kepada Jabatan Kesihatan Pahang supaya unit kecemasan klinik berkenaan dikekalkan apabila beroperasi tahun depan.

Menurut beliau, semua kemudahan sedia ada yang operasinya di bangunan lama akan dipindahkan ke bangunan baru itu kecuali klinik pakar gigi.

Kerajaan katanya, akan mengkaji perancangan yang akan dilaksanakan di bangunan lama klinik berkenaan yang kini berusia lebih 100 tahun.

Jelasnya, Klinik Kesihatan Mentakab pada asalnya merupakan sebuah hospital untuk kemudahan penduduk di daerah ini.

Menurutnya, ia dikenali sebagai Hospital Mentakab sebelum ditukar kepada Klinik Kesihatan selepas Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh siap pembinaannya pada April 2005.

''Bangunan baru itu bakal menjadi alternatif kepada pesakit untuk mendapatkan rawatan selain menggunakan perkhidmatan di Hoshas.

''Pembinaannya juga bagi menampung jumlah pesakit yang mencecah 10,000 orang sebulan di Klinik Kesihatan Mentakab," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.