saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 15/10/2010

Kenanga jangka potongan cukai pendapatan satu peratus

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Kenanga Research menjangkakan kerajaan akan mengurangkan kadar cukai pendapatan sebanyak satu peratus dalam Bajet 2011 esok, selari dengan usaha memenangi hati rakyat.

"Meskipun kadar pendapatan Malaysia secara relatifnya kekal tinggi, semakan semula berterusan kadar cukai dapat membantu mengurangkan jurang dalam menarik profesional asing, selain menarik pulang bakat Malaysia di luar negara," katanya dalam Previu Bajet 2011 di sini hari ini.

Kenanga berkata, walaupun ia akan menyebabkan hasil kerajaan berkurangan kira-kira RM400 juta hingga RM500 juta bagi setiap satu peratus potongan, dan meningkatkan fiskal kewangan, ia mungkin memberi manfaat ekonomi secara umum memandangkan ia akan meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah dan merangsang perbelanjaan pengguna.

Ia berkata, kewajaran untuk potongan cukai ialah perlunya paras itu dijajarkan dengan cukai korporat yang rendah, yang dikurangkan secara berperingkat-peringkat setiap tahun sebanyak satu peratus sejak tiga tahun lepas kepada kadar semasa sebanyak 25 peratus.

"Jika kerajaan memutuskan tidak mengurangkan cukai pendapatan peribadi, secara alternatifnya ia mungkin memilih untuk menambah pelepasan pendapatan individu kepada RM10,000 berbanding RM9,000 sekarang," katanya.

Firma penyelidikan itu juga berkata, berbanding potongan cukai pendapatan, menaikkan pelepsan cukai pendapatan peribadi akan mengurangkan tekanan ke atas bajet fiskal.

Ia berkata, ini mungkin membuka ruang untuk meningkatkan siling pelepasan cukai pendapatan untuk premium insurans hayat, premium insurans pendidikan, manfaat perubatan atau dana mutual.

"Selain itu kerajaan mungkin menimbang, antara lain, menaikkan paras kumpulan pendapatan bercukai daripada RM2,950 bagi individu belum berkahwin dan RM3,200 untuk individu berkahwin selain melanjutkan dan menambah pelepasan cukai peribadi," katanya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.