saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/10/2010

Yalal Chin komited dengan lakonan

KUALA LUMPUR 17 Okt. - Pemergian pelakon veteran Yalal Abu Achin atau Yalal Chin, 67, semalam akibat komplikasi jantung meninggalkan impak besar kepada dunia lakonan kerana komitmennya yang begitu tinggi.

Hal itu diakui sendiri oleh rakan artis yang selama ini rapat dengan arwah dan pernah berlakon bersamanya seperti Mummy Khaty dan Datin Seri Tiara Jacquelina.

Menurut Mummy Khaty, Allahyarham merupakan seorang pelakon yang begitu komited terhadap kariernya sehinggakan tetap meneruskan penggambaran dramanya walaupun menyedari dirinya tidak sihat.

Tambah Mummy Khaty, arwah yang terkenal dengan sifat kelakar itu masih sempat menceriakan krew dan artis lain yang berada di lokasi.

"Arwah seorang yang berdisiplin dan sangat menepati masa.

"Dia tidak kisah pun untuk menunggu sekiranya ada artis lain yang lewat datang ke set penggambaran.

"Namun baginya, ketepatan masa itu penting untuk menjadi anak seni yang berjaya," jelas Mummy Khaty yang sama-sama berlakon dengan Allahyarham Yalal menerusi drama bersiri 'Senja Permai yang pernah disiarkan di Astro Prima'.

Disebabkan itu, Mummy Khaty berharap agar semangat Yalal dijadikan contoh oleh pelakon-pelakon muda yang ingin mencipta nama sebagai pelakon.

Sementara itu, Tiara yang pernah bekerjasama dengan arwah menerusi pementasan Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLtM) pula mengibaratkan arwah seperti seorang bapa yang mendidik anak-anaknya.

"Sebagai seorang yang berpengalaman dalam pementasan teater, arwah cukup profesional dan tidak lokek untuk menegur antara satu sama lain.

"Profesionalismanya itu membuatkan kami (pelakon PGLtM) selesa bekerja dengannya.

"Arwah boleh dijadikan idola kerana gaya lakonannya yang hebat seperti mana yang ditunjukkan dalam PGLtM," cerita Tiara.

Yalal meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras di sini pada 12.15 tengah malam kelmarin dan meninggalkan seorang balu iaitu Suriani Mohd Yusof.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kelemak, Alor Gajah, Melaka, pagi semalam.

Sepanjang penglibatan dalam industri seni, beliau pernah bergelar pengarah, pengurus produksi dan jururunding skrip, Paloh dan Wanita Bertudung Hitam.

Filem terbaru lakonan Allahyarham Misteri Jalan Lama arahan Afdlin Shauki dijangka akan menemui peminat tahun depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.