saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 18/10/2010

Filem sebagai kenyataan sosial

APA sebenarnya fungsi filem? Sejak kewujudan filem lebih satu abad lalu oleh adik-beradik Lumiere di Perancis, adakah filem hanya bahan hiburan semata-mata? Atau filem menjadi alat kepada tujuan lain yang lebih besar tetapi kita tidak menyedarinya? Sememangnya filem bergerak dengan cerita tetapi cerita pula bertolak daripada lingkaran sosial sesebuah masyarakat atau zaman. Maka yang penting bukan lagi cerita tetapi cerita yang berlatarkan sesuatu pergelutan sosial.

Filem Amok arahan Adman Salleh misalnya boleh dikelaskan sebagai perakam sosial selain menyelitkan kritik Adman tentang latar zaman filemnya. Amok mengambil latar 1970-an dan lebih dalam lagi Amok bertolak daripada cetusan Woodstock di Amerika tahun 1969. Kalau mahu melihat kesan budaya Woodstock di kalangan anak-anak muda Melayu negara ini, tontonlah Amok. Ini kerana Woodstock dengan budaya hippies dan seks bebas sudah tidak ada hari ini. Maka Amok adalah satu-satunya filem tempatan yang mempersembahkan satu rakaman sosial pada dekad 1970-an ledakan daripada Woodstock.

Filem sebagai kenyataan sosial boleh dilihat daripada kerja-kerja yang dilakukan oleh generasi kelima perfileman China. Anak-anak muda seperti pengarah Chen Kaige atau Zhang Yimou misalnya lahir daripada Revolusi Budaya di China. Mereka juga anti-komunis sekali gus melihat kerajaan daripada sudut pandangan yang sangat kritikal. Maka lahirlah filem-filem seperti Red Shorgum, To Live, Yellow Earth dan Farawell To My Concubine. Filem-filem ini merakam dan memberikan tafsiran baru terhadap Revolusi Budaya di China.

Di negara ini, semasa era awal Dasar Ekonomi Baru (DEB) di mana penyertaan Melayu dalam sektor korporat mula diperkatakan, Rahim Razali telah menghasilkan filem Abang. Filem ini mempotretkan ahli perniagaan Melayu daripada persepsi yang berbeza. Rahim mengkritik korporat Melayu yang lupa diri dan lupa susila. Abang yang dihasilkan tahun 1981 adalah rujukan terbaik melihat kejutan budaya orang Melayu dalam sektor korporat di negara ini.

Filem ternyata telah berjaya sebagai alat propaganda. Maka penerbit atau pengarah tidak wajar melenting kalau filem mereka dikatakan filem propaganda. Tidak lama dulu ada pihak yang melemparkan kekecewaan apabila filem Black Hawk Down yang diterbitkan oleh Hollywood dikatakan tidak memaparkan fakta yang betul.

Filem ini diangkat daripada perang saudara di Somalia. Fakta yang benar hanya perang saudara Somalia tetapi selebihnya adalah fiksyen yang memperlihatkan kejayaan pihak tentera Amerika di Somalia. Fakta sebenar pihak tentera dari negara ini juga terlibat dalam menyelamatkan tentera Amerika di medan pertempuran.

Memadamkan fakta sejarah bukan satu kesalahan dalam filem. Bukan saja memadam malah menambah sekali pun tidak ada salahnya. Filem bukan perakam sejarah. Filem tidak boleh mengambil tempat dan peranan buku sejarah. Ini kenyataan yang kita kena faham dan akui kebenarannya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.