saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/10/2010

Konsert Iron Maiden di Indonesia

JAKARTA 18 Okt. - Kumpulan rock heavy metal terkenal, Iron Maiden akan mengadakan konsert di Jakarta dan Bali pada Februari 2011, kata penganjur.

Jurucakap Original Production, Tommy Pratama berkata, konsert di Jakarta dirancang sama ada pada 17 atau 18 Februari tahun depan, manakala di Bali pula, tarikh yang dicadangkan adalah pada 19 atau 18 Februari tahun depan.

"Mereka (Iron Maiden) telah bersetuju untuk mengadakan konsert di sini," katanya seperti yang dipetik oleh portal berita tempatan, tempointeraktif.com.

Iron Maiden ditubuhkan sebagai sebuah kumpulan muzik pada 1975 di Britain.

Sementara itu, pengurus kumpulan Iron Maiden, Rod Smallwood memberitahu akhbar The New York Times, album terbaru kumpulan itu, The Final Frontier berjaya dijual sebanyak 800,000 salinan di seluruh dunia setakat hujung Ogos lalu.

Penjualan keseluruhan album kumpulan itu sejak 30 tahun terlibat dalam dunia muzik kini berjumlah 85 juta salinan.

"Kumpulan muzik rock yang lain perlu banyak belajar daripada Iron Maiden. Mereka sangat mementingkan hubungan dengan peminat dan setiap kali mengadakan persembahan, mereka hanya mahu melakukan yang terbaik untuk peminat, bukannya untuk mengejar populariti," kata Smallwood.

Ketua Pegawai Operasi EMI di Eropah, David Kassler pula berkata, album The Final Frontier merupakan yang paling sedikit dimuat turun secara haram di Internet.

"Anda mungkin menjangkakan ramai yang mahu memuat turun lagu Iron Maiden secara haram di Internet tetapi sebaliknya yang berlaku.

"Ini kerana mereka menghargai hasil seni Iron Maiden dan mahu memiliki album asli kumpulan itu untuk ditunjukkan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga mereka," katanya. - AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.