saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 19/10/2010

Perlindungan kebebasan media

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Perlindungan kepada kebebasan media di negara ini yang menjadi sumber penting kepada idea dan maklumat dalam dunia tanpa sempadan telah memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sehubungan itu, kerajaan dengan niat yang baik mahu meliberalisasikan lagi media bagi meningkatkan kesedaran global di kalangan rakyat namun menegaskan ia bukannya satu lesen untuk media melakukan apa sahaja.

“Keuntungan yang kita peroleh melalui perlindungan kebebasan media hanya akan datang jika kebebasan itu digunakan secara bertanggungjawab.

“Kita dapati cara ini sesuai dengan Malaysia memandangkan hanya negara yang stabil sahaja mampu berkembang dari aspek ekonomi dan membolehkan rakyatnya hidup secara harmoni,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Forum Antarabangsa Mengenai Pembentukan Warga Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru yang dianjurkan bersempena Perhimpunan Agung UMNO Ke-64, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis perasmian itu ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Pengerusi Forum, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Forum yang julung kali diadakan itu turut disertai wakil 22 parti dari 20 negara termasuklah wakil kedutaan asing dan Kelab UMNO Luar Negara.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, bukanlah satu permintaan yang berat kepada penggiat media di negara ini supaya memahami kesukaran berhubung pembinaan negara lebih-lebih lagi dalam negara yang kompleks, berbilang bangsa dan kebudayaan seperti Malaysia.

“Saya yakin media di negara ini secara majoritinya memahami apakah yang dimaksudkan dengan media yang bebas, seimbang dan bertanggungjawab,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, sewaktu kecanggihan teknologi diraikan, semua pihak perlu berhati-hati dengan keupayaannya sebagai alat komunikasi.

Beliau berkata, senario media hari ini sudah berubah di mana penggunaan Internet membolehkan berita dan pandangan dikongsi merentasi kumpulan yang lebih besar termasuklah di peringkat global berbanding kaedah tradisional.

Katanya, perkakasan media sosial yang baru telah memberi kesan kepada kehidupan jutaan manusia dan keberkesanannya tidak boleh diambil mudah.

“Kita memahami bahawa zaman sudah berubah berbanding era sewaktu negara baru sahaja mencapai kemerdekaan dan kita memahami bahawa masyarakat, media dan politik sudah berubah.

“Adalah bodoh jika seseorang itu tidak mempedulikan suara rakyat dan beranggapan bahawa urusan masih berjalan seperti biasa. Media juga mempunyai peranan untuk dimainkan di samping menyatakan hak dan tanggungjawab moral,” katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.