saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 19/10/2010

Rangka kes bunuh profil tinggi ditemui di Semenyih?

19/10/2010 3:45pm

KAJANG 19 Okt. - Polis menemui rangka manusia tertanam di sebuah kebun kelapa sawit dekat Bukit Broga, Semenyih malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Shakarudin Che Mood berkata, penemuan itu adalah ekoran pengakuan seorang suspek kes pembunuhan yang kemudian menunjukkan kepada polis tempat dia menanam mayat mangsa.

"Suspek yang berumur sekitar 30-an itu membawa polis ke satu lokasi berdekatan dengan kawasan perkuburan Cina dan setelah digali satu rangka manusia yang masih ada sedikit cebisan tisu ditemui.... namun belum dapat dipastikan sudah berapa lama mangsa mati, katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Shakarudin berkata, suspek turut menunjukkan lokasi sebuah kereta yang hangus dibakar, yang dipercayai milik mangsa kira-kira 3 km dari tempat mayat mangsa ditemui.

Beliau berkata, polis juga tidak menolak kemungkinan rangka manusia tersebut milik individu berprofil tinggi namun beliau enggan mengulas lanjut dan katanya ia sedang disiasat.

"Kita tidak tolak kemungkinan ia kes berprofil tinggi tetapi kita kata kemungkinan.. tunggu sahaja keputusan bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) nanti baru kita tahu identiti sebenar, katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek lelaki itu ditahan baru-baru ini oleh pihak polis di tempat lain dan hasil pemeriksaan mendapati dia merupakan penjenayah dikehendaki di daerah Kajang dan kemudian diserahkan kepada IPD Kajang untuk siasatan. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.