saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 20/10/2010

Siapa ikon Gadis Melayu 3?


SEMBILAn jelitawan bersedia berentap untuk merangkul gelaran ikon Gadis Melayu 3.


SEDAR tak sedar, rancangan realiti pencarian ikon yang memaparkan ciri-ciri gadis Melayu hampir tiba ke penghujungnya.

Gadis Melayu musim ketiga kali ini hadir dengan pelbagai format baru dan menggabungkan elemen tradisional dan kontemporari.

Tiada kontroversi seperti yang terlihat pada musim yang lalu, Gadis Melayu 3 yang disiarkan setiap hari Jumaat pada pukul 9 malam ini akan menemui malam finalnya pada 29 Oktober ini.

Mengimbas kembali Gadis Melayu musim kedua, pelbagai kontroversi hadir yang sedikit sebanyak mencalarkan imej yang cuba ditonjol program ini.

Namun pada musim kali ini, peserta-peserta ditapis rapi agar dapat menonjolkan tujuan utama rancangan yang mencari seorang ikon yang dapat dicontohi.

Pelbagai kelainan yang ditonjolkan pada musim ketiga ini dan yang paling utama ialah tiada penyingkiran yang berlaku sehinggalah episod terakhir Gadis Melayu 3 yang akan menobatkan ikonnya kali ini.

Selain itu, antara kelainannya, jika Gadis Melayu musim pertama sepenuhnya menerapkan ciri keMelayuan, musim kedua hadir dengan kandungan yang lebih segar dan kontemporari, musim kali ini pula adalah gabungan kedua-duanya.

Menurut penerbit Gadis Melayu 3, Khairul Bariah Kamaruddin, pihak penerbit berpuas hati dengan pemilihan peserta kali ini kerana tiada kontroversi seperti tahun lalu.

Format baru yang tiada penyingkiran itu pula katanya, dilihat berkesan kerana semua peserta mempunyai peluang sama rata untuk menimba ilmu dan pengalaman supaya mereka lebih bersedia untuk digelar ikon.

“Tidak dinafikan semasa sembilan orang peserta ini diperkenalkan kepada umum, ada yang berpendapat mereka kelihatan gugup dan seperti tidak bersedia.

“Namun, pengalaman mereka selama berada di dalam program Gadis Melayu 3 telah memberikan mereka keyakinan dan saya juga percaya mereka lebih bersedia berbanding di awal kemunculan mereka.

“Pelbagai tugasan yang telah mereka lalui seperti menguruskan kenduri, kemahiran di dalam hutan, membuat kraftangan tradisional, menyediakan perkahwinan Melayu klasik dan banyak lagi yang menguji kebolehan dan usaha mereka.

“Setelah beberapa minggu, progres mereka dapat dilihat dan kami juga sudah nampak beberapa orang yang berpotensi besar untuk menjadi pengacara suatu hari nanti,” ujar Khairul Bariah kepada Hits baru-baru ini.

Peserta-peserta Gadis Melayu 3 ialah Afiqah Hazwani Md Nordin, 18, atau lebih dikenali Afiqah dari Johor; Nur Diana Zainuddin (Diana), 19, dari Pulau Pinang dan Nor Shamimi Ernida Mansor (Mimie), 20, dari Kedah.

Lain-lain termasuk Fatheen Nabila Ghazali (Fatheen), 24, dari Johor; Norazrina Mohd Salleh (Rina), 25, dari Selangor dan Siti Amira Mustakhim (Amira), 25, dari Kedah.

Tiga peserta lain terdiri daripada Norhidayah Samsudin (Hidayah), 21, dari Johor; Siti Nurzakiah Abdul Aziz (Zakiah), 21, dari Selangor dan Siti Mastura Mohamad Saleh (Mastura), 24, dari Pahang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.