saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 20/10/2010

Wei Bin juara Catur Terbuka Bawah 12


Ong Wei Bin (kiri) memberi tumpuan ketika menentang salah seorang peserta pada Pertandingan Catur Terbuka Bawah 12 Tahun di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru (SRABJB) di Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 19 Okt. – Pelajar tahun enam, Ong Wei Bin, 12, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pandan muncul juara pada Pertandingan Catur Terbuka Bawah 12 di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru (SRABJB) di sini semalam.

Guru urus setia pertandingan, Nor Ahdat Mohamed berkata, tempat kedua dimenangi oleh pelajar SRABJB, Syed Abdul Rahman Syed Md. Nazar, 12, manakala tempat ketiga jatuh kepada Muhammad Ikram Mohd. Sopee, 12.

“Tempat keempat dan kelima dimenangi murid-murid SRAB iaitu Muhammad Danial Zulkafli, 12, dan Haziq Isyraf Rosdi, 10, dalam pertandingan yang bermula pukul 9 hingga 4.30 petang itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahdat berkata, selain itu, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan (P) Yahya Awal, Nadia Syafiqa Md. Hisham, 8, pula diumumkan sebagai peserta terbaik kategori perempuan manakala P. Pavithraa, 12, dari SK Convent di tempat kedua dan murid SRABJB, Siti Khadijah Mohd. Fauzi, 11, di tempat ketiga terbaik dalam kategori yang sama.

Semua pemenang menerima hadiah berbentuk piala dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Guru Penolong Kanan 1 SRABJB, Nobaliah Saidi.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru, Mohd. Fauzi Arshad.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.