saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 20/10/2010

UNIQLO rancang buka lima butik pakaian

KUALA LUMPUR 19 Okt. - UNIQLO (Malaysia) Sdn. Bhd. (UNIQLO) bakal membuka lima butik pakaian kasual jenama itu di Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pengarah Urusannya, Satoshi Onoguchi berkata, jenama pakaian kasual nombor satu di Jepun tersebut bakal membuka butik pertamanya di Kuala Lumpur pada bulan depan.

"Kami menawarkan rangkaian produk pakaian terkini sesuai dengan cita rasa fesyen masyarakat sekarang, " katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Onoguchi, walaupun berdebar menantikan sambutan penggemar fesyen Malaysia terhadap UNIQLO, beliau yakin jenama tersebut dapat memenuhi cita rasa pelanggan tempatan.

"Berdasarkan sambutan hangat di Singapura sejak pembukaan pertama di republik itu tahun lalu, saya yakin, jenama UNIQLO juga akan diterima baik di Malaysia.

"Saya masih tidak boleh memberikan sasaran jualan selagi butik pertama ini belum dibuka kepada pelanggan, tetapi saya amat yakin, kami mampu pulang modal dalam tempoh setahun beroperasi, " ujarnya.

Dengan modal sebanyak RM18.8 juta, ia bekerjasama dengan DNP Clothing Sdn. Bhd. yang mana 55 peratus saham dimiliki oleh UNIQLO manakala bakinya oleh DNP Clothing Sdn. Bhd.

Menurut Onoguchi, butik UNIQLO di Malaysia bakal menjadi cawangan terbesar jenama itu di rantau Asia Tenggara.

Bertempat di Fahrenheit 88, Kuala Lumpur, UNIQLO bakal mempunyai butik setinggi tiga tingkat dengan keluasan 2,140 meter persegi.

Onoguchi berkata, UNIQLO bakal menawarkan lebih 500 jenis pakaian kasual lelaki dan wanita daripada koleksi yang sama di Jepun kepada pelanggan di negara ini.

" Setiap rekaan akan dilakukan oleh UNIQLO di Jepun dan Eropah bagaimanapun pengeluarannya dilakukan di China , " jelas Onoguchi.

Jenama yang menduduki tempat kelima di antara jenama pakaian kasual paling digemari di dunia itu sudah mempunyai 944 cawangan di seluruh dunia, termasuk Jepun, Amerika, Eropah dan Hong Kong.

Ia turut mensasarkan untuk membuka lebih banyak butik di setiap bandar raya utama di seluruh dunia pada masa akan datang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.