saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/10/2010

Nora lama menanti Farid


DAVID Teo (kiri) bersama Ahmad Idham (tiga dari kanan) dan barisan pelakon Cuti-Cuti Cinta.


SELAMA ini dia hanya mampu memandang dari jauh saja. Hasrat dan keinginan hanya dipendam dalam diam. Mahu diluahkan bimbang dikata perigi mencari timba, tetapi kalau tidak dimaklumkan tiada siapa yang mengetahuinya.

Akhirnya, aktres Nora Danish hanya mampu membisu seraya mengharapkan satu hari nanti hajatnya dimakbulkan.

Dalam menanti, keinginan janda muda itu direalisasikan oleh seorang sutradara yang kini semakin besar pengaruhnya, Ahmad Idham Ahmad Nazri.

Jangan mudah menjatuhkan hukuman. Bukanlah Nora mendambakan cinta daripada mana-mana lelaki.

Sebaliknya, keinginan yang dimaksudkan ialah berlakon di samping aktor tersohor yang tampan, Farid Kamil.

Kepada Hits, Nora berkongsi rahsia yang sudah lama disimpan rapi di kotak fikirannya. Dia benar-benar mahu ditemukan di lokasi yang sama dengan hero pujaan ramai itu.

“Sudah lama saya teringin berlakon dengan Farid. Apabila ditawarkan peluang ini oleh Ahmad Idham, saya tidak akan sama sekali menolaknya,” katanya jujur ketika ditemui sejurus selepas pratonton filem Cuti-Cuti Cinta, lakonan sulung Nora di samping Farid.

Selain didorong oleh keinginan yang tinggi, alasan lain Nora menerima tawaran filem Cuti-Cuti Cinta ialah kerana watak yang ditawarkan sangat sebati dengan jiwanya.

“Saya jenis yang sukakan kisah-kisah romantik komedi sebab itu saya rasa tidak harus dipersiakan peluang yang ada.

“Kalau dikatakan karakter saya kali ini tidak banyak bezanya dengan kebanyakan lakonan saya sebelum ini, saya tidak menafikan. Saya pasti pihak produksi nampak kesesuaian saya dalam menjayakan karakter sebegitu.

“Saya pun memang tidak kisah melakonkan karakter yang hampir sama sebab saya sukakan watak begini,” kata Nora dengan nada ceria.

Sungguhpun watak lakonannya sebagai Eeva Elyana dalam filem tersebut tidak banyak beza dengan karakter lakonannya yang agak manja dan bersahaja sebelum ini bagaimanapun, jelas Nora, Cuti-Cuti Cinta memberikan cabaran tersendiri buatnya.

Cuti-Cuti Cinta yang merupakan filem komedi romantik turut dijayakan oleh anggota kumpulan The Fabulous Cat (Cat Farish, Zizie, Adeep, Wangi), Zed Zaidi, Zaibo, Azizah Mahzan, Kaza dan Delimawati.

Filem berkenaan akan ditayangkan kepada umum bermula hari ini.

Cuti-Cuti Cinta menjadi medan penyatuan bakat dan keserasian dua pelakon popular ini sementelah sebelum ini masing-masing saling meminati.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.