saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/10/2010

Ponti Anak Remaja iras Twilight


BARISAN pelakon yang menjayakan drama bersiri mini Ponti Anak Remaja pada sidang akhbar drama bersiri mini itu di Restoran Aliyaa Island, Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


DEWASA ini, karya yang mengisahkan pontianak semakin mendapat tempat kembali di hati peminat.

Lihat saja produksi dari Barat seperti kisah filem Twilight mahupun drama bersiri The Vampire Diaries. Kejayaan mereka menjadi satu fenomena.

Formula cerita pontianak sebegitu ialah dengan membariskan pontianak yang cantik dan kacak, selitkan dengan kisah cinta antara dua dunia dan semestinya sinematografi yang cantik.

Di sini, formula sebegitu juga dilihat berjaya. Mengambil contoh telefilem Ponti Anak Remaja yang ditayang di saluran Ria (saluran 104, Astro) pada 2008, telefilem itu mendapat maklum balas yang positif.

Atas sambutan yang menggalakkan, Astro Ria menyambung kisah pontianak yang diterajui oleh pelakon cantik, Liyana Jasmay sebagai Ponti, dalam bentuk drama bersiri mini pula.

Drama bersiri mini Ponti Anak Remaja yang disiarkan sebanyak empat siri ini bakal menemui penonton pada setiap hari Isnin, pada pukul 10 malam bermula 25 Oktober ini menerusi saluran 104.

Drama bercorak komedi ringan arahan Nizam Zakaria ini turut disokong dengan kehadiran Thumb Suhaimi sebagai Amir, Nazim Othman (Hazuan) serta Azlee Khairi (Kamal).

Antara pelakon lain yang turut menjayakan Ponti Anak Remaja ini termasuklah Amran Ismail, Finie Don, Elliza Razak, Aishah Hoo, Adam Faiz dan ramai lagi.

Ponti Anak Remaja ini menceritakan sambungan apa yang terjadi pada telefilem yang dulu di mana Ponti meneruskan hidup seperti seorang remaja biasa dan bahagia bersama kekasihnya, Hazuan yang merupakan manusia biasa.

Konflik berlaku apabila bekas kekasih Ponti bernama Kamal di alam lain hadir kembali dan cuba meraih kembali cinta Ponti serta cuba mengembalikan ingatannya.

Bekas kekasih Hazuan juga turut campur tangan kerana dendam dengan Ponti yang tak habis-habis.

Melihat kepada jalan cerita serta watak-watak di dalam Ponti Anak Remaja, ramai yang berpendapat karya ini dicedok dari filem Twilight.

Menafikan sekeras-kerasnya, ujar Nizam yang turut menulis skrip bagi telefilem dan siri Ponti Anak Remaja ini berkata, ia hanya kebetulan kerana mengisahkan pontianak yang boleh disimpulkan sebagai kisah hantu yang universal.

“Saya menulis skrip ini sejak tahun 2005 lagi dan ia berdasarkan kajian tentang kisah cerita dongeng Melayu.

“Sebelum itu lagi, saya sudah menulis novel yang berkaitan dengan kisah pontianak atau kisah seram lain 15 tahun yang lalu seperti Awang Vampiro.

“Lagipun jalan cerita juga berbeza. Ponti Anak Remaja lebih bersifat tempatan kerana saya menulis berdasarkan cerita dongeng Melayu tentang pontianak berpaku.

“Ia juga bukanlah drama seram semata-mata tetapi lebih kepada komedi ringan yang sesuai dengan remaja,” terangnya ketika ditemui pada sidang akhbar drama bersiri mini Ponti Anak Remaja di Restoran Aliyaa Island, Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Nizam banyak melakukan kajian ke atas remaja melalui laman sosial Twitter mengenai apa yang mereka mahukan dan dia salurkan ke dalam karyanya.

Uniknya drama ini, pihak produksi mengindahkan lagi sinematografi dengan menggunakan teknik colour corrector yang membuatkan drama ini seakan filem.

Melihat barisan pelakon yang kebanyakannya merupakan nama-nama baru dalam industri lakonan, kata Nizam, menjadi tabiatnya gemar mengetengahkan mereka kerana bagi Nizam mereka punya potensi cuma kurang peluang berbanding pelakon yang lebih senior.

Ujarnya, semangat pelakon baru sedikit berbeza kerana mereka sentiasa mahu cuba memberikan yang terbaik.

Terang Nizam, antara cabaran mengarahkan drama ini adalah penggunaan penggunaan imej janaan komputer (CGI) untuk memberikan efek yang lebih meyakinkan.

“Tambahan pula kebanyakannya pelakon baru. Jadi mereka perlu dibimbing dalam melakonkan adegan yang ada CGI tetapi syukur mereka dapat melakukannya dengan baik,” ujar Nizam lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.