saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/10/2010

Demam ASK bermula


SEBELUM AKHIRAT


DEMAM Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) telah bermula dan pasti ramai yang berdebar menantikan anugerah berprestij ini yang akan berlangsung pada 24 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Sebanyak 17 buah telefilem, 13 buah drama bersiri dan enam drama komedi telah dicalonkan pada kali ini.

Bagi menyemarakkan lagi anugerah berprestij ini, TV3 bakal menayangkan semula lapan buah telefilem yang tercalon ke ASK2010 setiap hari Ahad pada pukul 9 malam mulai minggu ini.

Telefilem yang terpilih ialah Taubat Nasuha, Bagaikan Sumayyah, Sebelum Akhirat, Miah Oh Miah, Masyitah, Dalil Cinta, Lillahi Ta'ala serta Kepok dan Nisan.

Berikut sinopsis telefilem yang bakal ditayangkan di saluran TV3 pada setiap hari Ahad pukul 9 malam.

Taubat Nasuha (24 Oktober)

Taubat Nasuha mengisahkan Syamizi dan Laila yang dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aimin, Aiman dan Amirul dan Laila sedang mengandungkan anak keempat mereka.

Syamizi menggunakan kekerasan seperti merotan dan menyepak muka mereka dalam mendidik anak-anaknya kerana sifatnya yang panas baran.

Panas baran Syamizi memuncak bila dia menghantukkan kepala anak-anak itu dan Laila tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak berani menderhaka kepada suaminya.

Pelakon: Sheila Rusly, Fauzi Nawawi, Datuk Jalaluddin Hassan dan Sheila Mambo.

Bagaikan Sumayyah (31 Oktober)

Drama ini mengupas kesengsaraan Shamsiah yang menjadi mangsa kerakusan nafsu Razak.

Shamsiah mahu menyedarkan masyarakat sekeliling personaliti sebenar Razak yang dipandang tinggi oleh masyarakat hanya kerana dia seorang dermawan dan sering membantu mereka yang susah.

Usaha Shamsiah tidak berjaya kerana orang ramai tidak percaya Razak menodai setiap gadis-gadis yang bekerja dengannya kerana sifat baik yang ditonjolkannya.

Pelakon: Fasha Sandha, Datuk Rahim Razali, Allahyarham Yalal Chin, Wan Maimunah, Jue Aziz dan Fauzi Nawawi.

Sebelum Akhirat (7 November)

Sebelum Akhirat mengisahkan Mubarak yang sakit serta tidak mampu bergerak terlantar di katil menanti saat-saat kematiannya.

Sebelum berkeadaan sebegitu, Mubarak selalu mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Ibu bapanya dan rakan-rakan tidak dapat menegur tingkah lakunya kerana dia panas baran.

Mubarak menjalankan perniagaan haram, seperti meminjamkan duit kepada orang ramai dan mengenakan bunga yang tinggi, menerima habuan apabila memberikan wanita cantik kepada orang-orang kaya dan setelah perempuan itu mengandung membawa mereka ke tempat menggugurkan kandungan.

Pelakon: Fauzi Nawawi, Lisdawati dan Yalal Chin.

Miah Oh Miah (14 November)

Telefilem komedi, Miah Oh Miah menceritakan Miah yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah syarikat.

Dia berkawan baik dengan Suzi, setiausaha di syarikat itu yang sering meminta pendapat daripada Miah mengenai pakaian yang perlu dipakainya untuk ke sesebuah majlis.

Pernah Miah mengubah suai baju Suzi menjadi begitu cantik dan mendapat pujian ramai. Ramai kawan pejabat Suzi menghantar baju pada Miah untuk diperbaiki.

Kedai jahit Miah makin berjaya dan dia mula berjinak-jinak untuk mereka fesyen artis dan tuahnya apabila seorang pereka fesyen terkenal memilih koleksi pakaiannya untuk pertunjukkan fesyen.

Pelakon: Faezah Elai, Pierre Andre, Maimon Talib, Salina Saibi, Zarynn Min dan Watie Elite.

Masyitah (21 November)

Drama kemanusiaan ini mengisahkan Masyitah, seorang isteri dan ibu yang sangat cekal dalam menghadapi kemelut rumahtangga apabila anak yang dilahirkannya mengalami sindrom autisme.

Lebih malang lagi suaminya, Halim serta ibu mertuanya, Rohani tidak dapat menerima kehadiran anaknya, Amar.

Hubungan Halim dengan Masyitah dan Amar sentiasa dingin. Malah Halim terjebak dengan cinta terhadap pembantu peribadinya, Maya.

Pelakon: Umie Aida dan Eizlan Yusof.

Dalil Cinta (28 November)

Dalil Cinta mengisahkan percintaan Nisa, seorang gadis bandar dan Zarif, anak tunggal pasangan dari kampung.

Mereka berdua mengambil keputusan untuk berkahwin namun ibu bapa Nisa membantah kerana mahukan Nisa menyambung pengajian ke kolej terlebih dahulu.

Malah mereka risau dengan sikap Nisa yang tidak mahu membuat kerja kerja rumah.

Nisa tidak dapat menerima bantahan kedua ibubapanya lalu mula memberikan pelbagai alasan untuk meyakinkan mereka.

Pelakon: Sharifah Amani, Fahrin Ahmad dan Wan Norazlin.

Lillahi Ta'ala (5 Disember)

Drama ini pula mengisahkan Azita yang disahkan oleh doktor menghidap penyakit tibi.

Suami Azita, Kazir, tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan rawatan terbaik untuk isterinya dan akhirnya Azita sembuh.

Akan tetapi selepas itu kaki Kazir terhempap kereta dan kedua kakinya patah dari bahagian paha ke lutut. Azita terpaksa bekerja oleh kerana wang simpanan mereka telah habis.

Pelakon: Zamarul Hisham, Rita Rudaini dan Tony Eusoff.

Kepok dan Nisan (19 Disember)

Telefilem komedi ini mengisahkan Amani, Kamal dan Salam yang berkawan dari kecil berhijrah ke Kuala Lumpur bagi mencari pekerjaan.

Setelah setahun berlalu, mereka bertiga tidak mendapat pekerjaan yang baik. Lalu mereka merasakan sudah sampai masanya untuk pulang semula ke kampung.

Di kampung setelah puas dimarahi ibu bapa mereka dan gagal mencuba pelbagai pekerjaan akhirnya mereka membuka kedai membuat nisan dan kepok.

Pelakon: Saiful Apek, Maya Matahari dan Zul Yahya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.