saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 22/10/2010

Satu perpustakaan satu rumah anak yatim


salah seorang anak yatim dari Rumah Kebajikan Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan khusyuk membaca buku yang disumbangkan ke perpustakaan di situ.


AKU dan pengasuh anak yatim (kelak) di syurga seperti dua jari ini (Rasulullah SAW menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan merapatkan keduanya. (riwayat Bukhari)

Subhanallah... betapa mulianya kedudukan mereka yang menjadi pembela kepada anak-anak yatim. Apa tidaknya, mereka akan mendampingi Rasulullah pada hari akhirat kelak dengan dampingan yang sangat rapat.

Ini baru satu hadis yang diketengahkan. Sedangkan keterangan berkaitan kelebihan membantu golongan anak yatim banyak disabdakan oleh Rasulullah SAW.

Bahkan, dalam al-Quran juga banyak dianjurkan agar kita membela nasib anak-anak yatim.

Ia termasuklah larangan Allah berlaku zalim, sentiasa menjaga hak dan memberi makan anak yatim. Orang yang ingkar, ia dianggap sebagai mendustakan agama.

Firman Allah yang bermaksud: Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. (al-Ma’uun: 1-3)

Tidakkah jaminan kelebihan dan larangan di atas itu menjadi pemangkin semangat dan peringatan kepada umat Islam untuk tidak mempersiakan atau mengabaikan nasib anak-anak yatim, waima mereka bukannya daripada darah daging kita sendiri.

Bergerak atas ayat Bacalah... dari surah al-Alaq, maka terlaksanalah Projek Perpustakaan Rumah Anak Yatim Islamic Relief Malaysia (IRM) yang bermula sejak 2008.

Usaha itu menyaksikan penubuhan perpustakaan di beberapa rumah anak-anak yatim terpilih di Malaysia dan juga di kawasan serantau.

Projek berkenaan merupakan program pembangunan Islamic Relief dalam sektor pendidikan dan kebajikan anak-anak yatim.

Ia merupakan salah satu daripada projek tempatan IRM yang turut mensasarkan satu rumah anak yatim satu perpustakaan.

Pihak IRM berusaha mengumpul dana bagi membeli buku-buku yang bermutu untuk kegunaan rumah-rumah anak yatim di seluruh Malaysia.

Sesuai dengan prinsip bantuan kemanusiaan Islamic Relief, projek perpustakaan itu terbuka kepada semua rumah anak yatim yang kurang berkemampuan, tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan ideologi.

Projek perpustakaan itu juga merupakan ikhtiar IRM memupuk minat membaca di kalangan anak-anak yatim.

Ia juga antara jalan penyelesaian kepada permasalahan kekurangan bahan bacaan bermutu dan buku-buku berkeadaan baik yang terdapat di perpustakaan sedia ada di rumah-rumah anak yatim.

Menerusi projek tersebut, IRM menyediakan koleksi buku-buku baru, sekurang-kurangnya satu set ensiklopedia dan kelengkapan perpustakaan seperti rak buku, permaidani dan kusyen di ruang perpustakaan tersebut.

Sejak ia dimulakan dua tahun lalu dan sehingga kini, IRM telah menubuhkan 11 perpustakaan rumah anak yatim di seluruh Malaysia.

Ini termasuk sebuah di Rumah Anak Yatim Yayasan Hasmah Noor, Tanjung Priok, Jakarta, Indonesia.

Ia hasil sumbangan orang ramai dan juga tajaan dan geran daripada organisasi korporat di Malaysia.

Berkesempatan mengikuti rombongan IRM ke majlis penyerahan Projek Perpustakaan Rumah Anak Yatim yang dibuat di dua lokasi iaitu pada Julai lalu di Rumah Anak Yatim Yayasan Hasmah Noor, Tanjung Priok, Jakarta, Indonesia dan di Rumah Kebajikan Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan di Taman Sabariah, Pengkalan Chepa, Kelantan pada Ogos lalu, telah menyaksikan kegembiraan yang tidak terperi di kalangan anak-anak yatim di situ.

Sekali gus membuktikan kesungguhan pihak IRM dalam menjaga kebajikan golongan itu.

Kedua-dua majlis itu disempurnakan oleh Pengarah Negara IRM, Zawahir Abdullah. Turut hadir, Pengasas Rumah Anak Yatim Yayasan Hasmah Noor, Andi Ismariskiah Sumintapura.

Sementara itu, pada majlis di Rumah Kebajikan Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan, hadir memeriahkan acara ialah pengetuanya, Wan Abdullah Wan Abdul Kadir. Program itu turut disertai sukarelawan-sukarelawan IRM.

Penajaan penuh terhadap perpustakaan ini dianggarkan bernilai lebih RM20,000. Pada majlis istimewa itu, sebanyak 1,000 naskhah buku yang terdiri daripada buku-buku Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang merangkumi untuk rujukan ilmiah serta bacaan umum telah ditempatkan di dalam perpustakaan di rumah kebajikan ini.

Selain itu, pihak IRM turut menyediakan satu set ensiklopedia edisi pelajar untuk rujukan anak-anak yatim tersebut.

Buku-buku itu telah disaring oleh komuniti IRM bagi memastikan hanya buku-buku yang bersesuaian dan mempunyai nilai-nilai murni terbaik saja yang disediakan bagi memberi manfaat kepada para penghuni rumah tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.