saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 23/10/2010

Perlembagaan tak boleh diubah sesuka hati tanpa perkenan Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Golongan yang cuba mengubah Perlembagaan disifatkan sebagai tidak memahami semangat sebenar Perlembagaan ketika ia digubal bagi membolehkan negara mencapai kemerdekaan.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, mereka yang terbabit mudah terpengaruh dengan hasrat sesetengah pihak yang mahukan Perlembagaan diubah kononnya untuk tujuan yang lebih baik.

"Golongan itu ialah mereka yang faham mengenai Perlembagaan tetapi saja buat-buat tidak faham disebabkan fahaman politik bagi merosakkan kestabilan sosial negara.

"Tetapi yang menjadi mangsa adalah golongan yang langsung tidak tahu mengenai Perlembagaan, mereka ibarat boneka yang diperalat untuk menyokong perubahan dalam Perlembagaan walaupun sebenarnya perkara tersebut tidak boleh diubah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ahmad Atory berkata, kebanyakan orang hanya mengetahui Perlembagaan boleh dipinda jika mendapat dua per tiga undi di Parlimen.

Menurutnya, dalam Perlembagaan terdapat lima perkara yang langsung tidak boleh diubah tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja iaitu mengenai darurat, hak istimewa raja-raja Melayu, bahasa kebangsaan, agama Islam sebagai agama rasmi dan juga hak keistimewaan orang Melayu.

Sementara itu Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Abdul Aziz Bari berkata, perkara tersebut sememangnya jelas dalam peruntukan undang-undang di mana Perlembagaan tidak boleh diubah sesuka hati walaupun mendapat persetujuan 100 peratus daripada Parlimen.

Dalam mengubah Perlembagaan, katanya, ia memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja begitu juga dengan kontrak sosial yang telah dipersetujui semasa pembentukan Malaysia dahulu.

Tambahnya, permintaan kaum lain tidak boleh sewenang-wenangnya dipersetujui tanpa mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

"Sehubungan itu tidak timbul isu bahawa Perlembagaan terancam atau pun dapat diganggu gugat selagi Majlis Raja-Raja tidak bersetuju Perlembagaan itu dipinda," katanya yang juga merupakan pakar Perlembagaan.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Ahmad Nizamudin Sulaiman berkata, memang terdapat beberapa peruntukan dalam Perlembagaan yang perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-raja jika ada pihak yang berhasrat untuk memindanya.

Namun begitu, terdapat juga beberapa perkara yang boleh diubah dengan hanya mendapat majoriti mudah atau dua pertiga undi di Parlimen selain lima perkara utama tadi.

"Perkara seperti pilihan raya misalnya boleh dipinda dengan menggunakan dua pertiga undi di Parlimen tanpa perlu mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-Raja," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.