saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 23/10/2010

155 calon SPM di SMKA Maahad Muar diraikan


para pelajar menyaksikan persembahan kumpulan Rabbani pada Konsert Malam Sinar Keinsafan sempena Majlis Graduasi di SMKA Maahad Muar, baru-baru ini.


MUAR 22 Okt. - Seramai 155 pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Muar di sini diraikan baru-baru ini dengan penuh meriah pada Majlis Graduasi bersempena bakal tamatnya persekolahan pelajar berkenaan.

Majlis yang diadakan sebelum peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu menyaksikan seramai 33 orang pelajar diberi penghargaan Anugerah Emas Pengetua di atas kecemerlangan akademik dan turut disampaikan adalah Anugerah Teladan Gemilang kepada pelajar yang menunjukkan sahsiah kepimpinan.

Kemuncak kepada program selama sehari itu adalah acara Konsert Malam Sinar Keinsafan yang membariskan kumpulan nasyid popular tanah air, Rabbani dan Saujana selain kumpulan nasyid sekolah itu sendiri, Izdan.

Dianggarkan seramai 1,000 orang menyaksikan konsert tersebut yang terdiri daripada para pelajar, guru-guru serta golongan ibu bapa sekolah tersebut.

Menurut Pengetua SMKA Maahad Muar, Hamizah Hassan, program berkenaan merupakan acara tahunan sekolah dalam usaha memberi penghargaan terhadap dedikasi para pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh.

"Kami memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar kami sebelum peperiksaan SPM dan ia adalah untuk meraikan juga pencapaian mereka sepanjang lima tahun menuntut di SMKA Maahad Muar.

"Harapan para guru di sini adalah supaya anak didik kami dapat turut memberi yang terbaik dalam peperiksaan yang akan diambil," katanya.

Kata Hamizah lagi, pihak beliau juga berharap penganjuran majlis itu dapat juga membangkitkan motivasi para pelajar untuk mencapai kecemerlangan di institusi pengajian tinggi (IPT) kelak.

Sementara itu, kata Hamizah, turut berlangsung di SMKA Maahad Muar semasa Majlis Graduasi itu adalah Majlis Perujian Berzanji Peringkat Daerah Muar dan Ledang yang menghimpunkan 20 peserta berusia lingkungan 12 hingga 18 tahun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.