saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 23/10/2010

Pas yakin dengan kelebihan Zulkefli pertahankan DUN Galas

GUA MUSANG 22 Okt. - Pas yakin dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas biarpun calon yang mewakili parti tersebut, Dr. Zulkefli Mohamad pernah tewas dua kali berturut-turut pada pilihan raya umum sebelum ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia berdasarkan rekod Pilihan Raya Umum 2008 yang mana Dr. Zulkefli mendapat undi tertinggi berbanding Tengku Razaleigh Hamzah di DUN Galas walaupun beliau tewas secara keseluruhannya di Parlimen Gua Musang.

Beliau berkata, calon yang dikemukakan Pas itu juga mempunyai kelebihan kerana mempunyai pengalaman luas di kawasan tersebut.

"Peluang insya-Allah kerana kita membuat bedah siasat pada pilihan raya umum lalu dan kita dapati calon kita yang bertanding di Parlimen mendapat undi menang di Galas.

"Itu sudah ada kedudukan yang baik dengan kelebihan 317 undi, namun demikian kita meletakkan kita berada di peringkat bertahan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ceramah perdana sempena 20 tahun pemerintahan Pas di Kelantan.

Pada majlis tersebut, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik mengumumkan Dr. Zulkefli sebagai calon parti itu untuk pilihan raya kecil N45 Galas.

Penamaan calon diadakan pada 26 Oktober, manakala pembuangan undi 4 November ini.

Dr. Zulkefli pernah bertanding sebanyak dua kali pada Pilihan Raya Umum Ke-11 dan 12 bagi kerusi Parlimen Gua Musang tetapi tewas kepada Tengku Razaleigh Hamzah.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Dr. Zulkefli tewas kepada Tengku Razaleigh dengan majoriti 4,394 undi bagi kerusi Parlimen Gua Musang.

Sebelum itu, Dr. Zulkefli juga tewas kepada Tengku Razaleigh dengan majoriti 6,598 undi bagi kerusi Parlimen yang sama.

Abdul Hadi berkata, Pas tidak akan menyerang Tengku Razaleigh biar pun beliau menerajui jentera Barisan Nasional pada pilihan raya kecil itu.

"Saya tidak mahu menyentuh Tengku Razaleigh, saya hormat beliau sebagai seorang tokoh politik berwibawa dan 'saiz' beliau bukan Gua Musang," katanya.

Mengulas mengenai isu yang dibawa Pas pada pilihan raya kecil itu, katanya, ia terpulang kepada keadaan semasa.

"Itu terpulang kepada gendang yang dipalu BN, kita tidak ikut gendang mereka, kita lebih bergantung kepada rakyat di Kelantan yang mereka memilih Pas sejak 20 tahun lalu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.