saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 23/10/2010

Sathianathan digantung 6 bulan, tekanan untuk Kelantan

23/10/2010 11:34pm

KUALA LUMPUR 23 Okt. Pasukan Kelantan menghadapi tekanan besar apabila terpaksa beraksi tanpa bimbingan ketua jurulatih, B. Sathianathan pada saingan akhir Piala Malaysia musim ini.

Lembaga Disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam membuat keputusan untuk menggantung jurulatih pasukan wira merah itu selama enam bulan dan denda sebanyak RM2,000 dengan serta-merta.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, Sathianathan dihukum atas kesalahan memberi kenyataan kepada media berhubung stadium tuan rumah bagi perlawanan Perlis dan Terengganu ketika Liga Super musim lepas.

"Ini adalah kes lama dan Lembaga Disiplin FAM telah membuat keputusan berhubung perkara tersebut setelah bersidang pada Jumaat, katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sathianathan dipecat sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan oleh FAM pada 2009.

Beliau mula mengambil alih tugas Peter Butler pada tahun lepas untuk membimbing pasukan Kelantan dan berjaya membawa pasukan itu ke final Piala Malaysia musim lepas. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.