saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 24/10/2010

Remaja lelaki terlibat jenayah samun gunakan pisau rambo

JOHOR BAHRU 23 Okt. - Usianya baru mencecah 13 tahun namun seorang remaja lelaki yang sudah tidak bersekolah itu ditahan polis Johor selepas disyaki terlibat dalam 10 kes samun menggunakan pisau rambo di Teluk Danga di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, dalam kejadian terbaru pukul 1.30 petang Isnin lalu, mangsa seorang lelaki berusia 23 tahun didatangi remaja berkenaan yang bersenjatakan pisau.

"Remaja berkenaan kemudian mengarahkan mangsa menyerahkan telefon bimbitnya. Mangsa bertindak melawan sebelum berjaya melarikan diri.

"Pemuda itu kemudian melaporkan kejadian tersebut kepada pihak keselamatan Teluk Danga dan suspek berjaya ditahan di kawasan itu tidak lama kemudian," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini semalam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati remaja itu terlibat dalam kes samun seorang wanita warga asing berusia 19 tahun sehari sebelum kejadian dan melarikan sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM1 milik mangsa.

Katanya, remaja berkenaan yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau ditahan reman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan atas cubaan samun dan Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana samun menggunakan senjata.

Dalam kes berasingan, Mohd. Mokhtar berkata, pihaknya menahan tiga lelaki berusia 28 hingga 32 tahun kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri lori di sekitar negeri ini.

Katanya, dalam kejadian pukul 12.35 tengah malam Isnin lalu, sebuah kereta peronda polis terserempak dengan lori di sebuah stesen minyak di Jalan Tebrau di sini bersama tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil semakan, kami mendapati lori tersebut baru sahaja dilaporkan dicuri di Kawasan Taman Bukit Tiram, Ulu Tiram setengah jam sebelum itu.

"Anggota peronda terbabit kemudian menahan ketiga-tiga lelaki itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri," katanya.

Katanya, salah seorang suspek mempunyai enam rekod kes samun manakala rakannya pernah melakukan kesalahan berkaitan dadah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.