saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 24/10/2010

MyPNI bantu penduduk miskin Kelantan

KOTA BHARU 23 Okt. - Malaysian Post-Graduates Northern Ireland (MyPNI), sebuah persatuan yang dianggotai siswazah Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di Ireland Utara, United Kingdom akan bekerjasama dengan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Kelantan melaksanakan program kebajikan di kalangan penduduk miskin di negeri ini.

Presidennya, Ramzan Ramza Ramli berkata, kerjasama itu termasuk dalam mengagihkan sumbangan termasuk wang, buku-buku dan pakaian yang dikumpul di kalangan penderma di tempat itu.

Beliau berkata, beberapa penderma telah tampil memberikan persetujuan untuk membantu persatuan terbabit dalam melaksanakan program berkenaan.

"Sebagai permulaan, MyPNI menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM7,200 hasil kutipan dari pelancaran program Happy Children - Your Children, Our Future yang diadakan di universiti berkenaan baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan taklimat mengenai MyPNI di Kelab Golf dan Desa Kelantan di sini hari ini.

Hadir sama Penasihat MyPIN, Dr. Mohd. Saiful Bahari Mohd. Kassim dan Pengerusi LKPIM Kelantan, Datin Bi Samihah Mohd. Salleh.

Menurut Ramzan Ramza, pihaknya mengadakan kerjasama berkenaan, supaya aktiviti kebajikan dan bantuan yang diberikan itu dapat dipantau oleh sebuah badan bukan kerajaan di negeri ini.

Dengan itu, katanya, program yang dilaksanakan akan berterusan pada masa hadapan.

''Usaha itu selaras dengan kemahuan ahli-ahli MyPNI supaya bantuan akan dapat diteruskan sekembalinya mereka ke tanah air setelah menamatkan pengajian nanti," katanya.

Mereka yang ingin mengetahui perkembangan MyPNI boleh melayari laman web mypni.society.qub-qc.uk.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.