saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 25/10/2010

31 anggota Pandu Puteri sertai khidmat komuniti


ANGGOTA Pandu Puteri Kadet IPGM Kampus Datuk Razali Ismail yang menjayakan program khidmat komuniti di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 24 Okt. - Seramai 31 anggota Pandu Puteri Kadet Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Datuk Razali Ismail dekat sini menjayakan program khidmat komuniti di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.

Program sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia yang disambut pada setiap Oktober itu disertai para penuntut Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di institut berkenaan.

Pada program selama dua jam itu, mereka menyumbangkan buah tangan kepada pesakit kanak-kanak yang sedang dirawat selain mengadakan aktiviti bersama pesakit antaranya bercerita, menyanyi serta menjayakan program mewarna.

Jurulatih Pandu Puteri Kadet IPGM kampus berkenaan, Wan Hasnah Wan Abdullah berkata, program itu merupakan sebahagian daripada aktiviti pandu puteri kadet dalam usaha mendekatkan mereka dengan kanak-kanak.

Beliau menjelaskan, selain meraikan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia, ia juga membolehkan mereka menyumbang bakti dan idea untuk menceriakan kanak-kanak walaupun terpaksa tinggal di hospital.

"Program yang mendapat kerjasama HSNZ Kuala Terengganu dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu itu merupakan aktiviti tahunan sempena sambutan tersebut," katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata, pada akhir bulan ini kumpulan terbabit akan menyertai kursus asas pertolongan cemas dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam (JPA 3) dalam mendedahkan mereka mengenai bantuan yang boleh dilakukan apabila berlaku bencana.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.