saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/10/2010

TV Alhijrah bersiaran secara rasmi Disember


Jamil Khir Baharom ditemani Bukhari Che Muda (kanan) bersama para penerbit yang terlibat dalam penyiaran TV Alhijrah di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Azrul Edham Mohd. Aminuddin


KUALA LUMPUR 25 Okt. - Stesen televisyen terbaru, TV Alhijrah yang menyediakan pelbagai program bercirikan Islam akan memulakan siarannya secara rasmi pada 1 Disember ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, orang ramai berpeluang menyaksikan saluran televisyen percuma itu mulai 1 November ini apabila siaran ujian dilakukan selama sebulan.

''Pada peringkat awal, siaran TV Alhijrah hanya mencakupi 55 peratus daripada penonton televisyen di negara ini iaitu di Lembah Klang, Terengganu, kawasan utara dan timur Johor serta Sabah dan Sarawak.

''Bagaimanapun, pengurusan stesen TV Alhijrah sedang berunding dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mendapatkan peruntukan spektrum dari semasa ke semasa bagi memastikan siarannya lebih meluas dan meliputi seluruh negara," katanya pada sidang akhbar memperkenalkan TV Alhijrah kepada media di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Eksekutif TV Alhijrah, Bukhari Che Muda.

Pada majlis itu, turut diadakan pengenalan program-program utama TV Alhijrah serta penyerahan program televisyen secara simbolik oleh syarikat-syarikat penerbitan tempatan kepada stesen televisyen tersebut.

Dalam pada itu, Jamil Khir menjelaskan, TV Alhijrah yang menelan perbelanjaan sebanyak RM60 juta dikendalikan oleh Al Hijrah Media Corporation, syarikat yang diletakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri.

"Kerja-kerja akhir sedang giat dijalankan bagi menyiapkan pembinaan pusat penyiaran digital TV Alhijrah di Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.

"Pusat penyiaran ini menempatkan studio berita dan hal ehwal semasa, bilik hubungan penyiaran, bilik kawalan pusat dan pusat operasi serta pejabat kakitangan," katanya.

TV Alhijrah merupakan stesen televisyen pertama di Malaysia yang menawarkan program-program televisyen berdasarkan perspektif Islam yang menyasarkan golongan belia beragama Islam sebagai penonton utamanya.

Saluran televisyen percuma itu juga adalah inisiatif kerajaan untuk mewujudkan sebuah stesen televisyen yang mampu menjadi sumber ilmu bukan sahaja kepada umat Islam, bahkan kepada orang bukan Islam bagi membantu mereka mengenali dengan lebih dekat agama itu.

Siaran ujian TV Alhijrah akan bermula 1 November ini dengan waktu siaran dari pukul 3 petang hingga 12 tengah malam bagi hari Isnin hingga Khamis manakala pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, siaran akan bermula lebih awal iaitu 12 tengah hari.

Orang ramai boleh mendapatkan siaran TV Alhijrah yang dipancarkan melalui saluran UHF melalui butang kawalan frekuensi pada set televisyen masing-masing. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tvalhijrah.com.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.