saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 26/10/2010

Tumpu 15 projek permulaan dalam sektor E&E

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Malaysia akan menekankan 15 projek permulaan untuk memperkasakan sektor elektrik dan elektronik (E&E) dengan meningkatkan tumpuan terhadap empat kelompok serantau yang kukuh - Koridor Utara, Lembah Klang, Johor serta Sabah dan Sarawak.

Untuk menjayakanya, tumpuan diberi untuk menarik syarikat multinasional utama serta mewujudkan syarikat juara Malaysia, sebagai usaha untuk meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) sehingga RM90 bilion menjelang 2020 yang menyediakan 157,000 pekerjaan mahir dan sederhana mahir.

Strategi akan ditumpukan terhadap empat subsektor sasaran, yang dipilih berdasarkan daya tarikan dari segi pertumbuhan dan saiz , iaitu semikonduktor, LED (Diod pemancar cahaya), solar, elektronik perindustrian dan peralatan elektrik rumah, demikian menurut Laporan Program Transformasi Ekonomi (ETP) - Hala Tuju untuk Malaysia, yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

15 EPP dalam idustri E&E merangkumi empat subsektor yang akan mengukuhkan kemampuan sepanjang rantaian nilai, khususnya dalam aktiviti huluan yang mempunyai nilai tambah yang lebih tinggi.

Kempat-empat projek permulaan (EPP) terbabit adalah berdasarkan strategi yang dibina daripada asas yang kukuh dalam bidang fabrikasi teknologi matang dan dilanjutkan hingga ke pembungkusan maju serta reka bentuk litar bersepadu, selain daripada menyokong pertumbuhan pengeluar substrat.

Laporan itu menyebut EPP1 akan melibatkan pelaksanaan strategi pengikut pintar untuk fabrikasi teknologi matang.

EPP2 pula meliputi pembangunkan pemasangan dan pengujian menggunakan teknologi pembungkusan lanjutan manakala EPP3 pula membabitkan pembangunkan syarikat reka bentuk litar bersepadu.

Menurut laporan itu EPP4 pula menyokong pertumbuhan pengilang substrat dan industri berkaitan.

Bagi solar, laporan itu menyebut bahawa menjelang 2011, Malaysia akan mempunyai bahagian pasaran solar ketiga terbesar di dunia.

Usaha bersepadu untuk membina keupayaan pengeluaran solar yang luas serta lokasi yang baik untuk pasaran Asia, dan kos tenaga kerja yang rendah, membolehkan negara melonjak ke tempat kedua dalam industri yang lebih besar menjelang 2020.

Menurut laporan itu, EPP5 melibatkan peningkatan jumlah pengeluar silicon, EPP6 pula menambah pengeluar wafer dan sel manakala EPP7 membabitkan penambahan pengeluar modul solar.

Bagi sektor Diod pemancar cahaya (LED), laporan itu menyebut industri berkenaan perlu berganjak ke atas rantaian nilai yang lebih tinggi daripada pembungkusan dan pengujian kepada cip dan aplikasi R&D dengan mencipta satu kelompok syarikat antarabangsa dan domestik.

EPP8 katanya melibatkan pembangunan operasi bahagian depan LED, EPP9 untuk mengembangkan pembungkusan dan peralatan LED manakala EPP10 pula mewujudkan juara tempatan dalam bidang pencahayaan keadaan pepejal.

Bagi sektor elektronik perindustrian dan peralatan elektrik rumah, Malaysia berjaya di peringkat domestik, dengan syarikat peralatan rumah tempatan, terutama seperti Pensonic.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.