saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 26/10/2010

Radio Bayu untuk semua generasi


Kumpulan muzik tempatan Sabah memainkan alunan irama kulingtangan bagi memeriahkan pelancaran Radio Bayu di Kota Kinabalu, baru-baru ini.


KOTA KINABALU 25 Okt. - Jika selama ini lagu-lagu etnik di Sabah hanya mampu didengar menerusi saluran Radio, Televisyen Malaysia (RTM), tetapi kini pendengar di negeri ini mempunyai pilihan baru apabila rangkaian televisyen satelit Astro memperkenalkan saluran radio baru dikenali Radio Bayu.

Selain menyiarkan lagu Kadazandusun, Murut dan Bajau, Radio Bayu yang boleh didengari di saluran 869 Astro turut mengetengahkan lagu-lagu Melayu yang dinyanyikan artis Sabah seperti Stacy AF, Adam AF dan Felix AF.

Selain artis baru, para pendengar Radio Bayu berpeluang mendengar kehebatan nyanyian artis-artis veteran tempatan seperti mendiang John Gaisah dengan lagu-lagunya iaitu Miniagal O Sinsing (Seperti Sebentuk Cincin) dan Taragang Rasuk (Baju Merah).

Tidak ketinggalan, lagu Sayang Kinabalu oleh Allahyarham Kimin Mudin yang sememangnya menjadi kegemaran rakyat Sabah dan sering dinyanyikan dalam majlis tertentu atau acara keramaian di negeri ini.

Penyanyi tempatan lain seperti, Justin Lusah yang tidak asing lagi dengan lagu, Jambatan Do Tamparuli atau Jambatan Tamparuli.

Lebih mengkagumkan, Radio Bayu yang memfokuskan 100 peratus kepada budaya muzik tempatan dan tradisional etnik negeri akan memastikan juruhebahnya berkomunikasi menggunakan bahasa Sabah sepenuhnya.

Maksudnya, bukan sahaja mereka ini bertutur dalam bahasa Kadazandusun, Murut dan Bajau tetapi menggunakan slanga Sabah, kebiasaannya pada akhir ayat akan ada perkataan 'bah'.

Malah, penyampai radio yang dipilih oleh Astro bagi mengendalikan stesen radio itu terdiri daripada empat anak jati Sabah. Mereka ialah Constantine Anthony, Yuriz Abdul Rahman, Jamie Roscom dan Rydiana Abdul Rahim.

Ketika ditemui semasa pelancaran Radio Bayu di Kota Kinabalu baru-baru ini, mereka berpendapat bahawa kewujudan stesen itu dapat memberi pilihan kepada ramai pendengar khususnya rakyat Sabah.

Constantine, 32, berkata, stesen Radio Bayu diharap dapat menambat hati pendengar seluruh negara khususnya orang Sabah.

Katanya, pendekatan stesen radio itu yang menggunakan konsep 100 peratus Sabah dalam penyiaran mampu menarik ramai pendengar bukan sahaja di kalangan rakyat negeri ini tetapi penduduk di Semenanjung.

''Kami percaya Radio Bayu dapat menarik lebih ramai pendengarnya pada masa akan datang. Uniknya, semua pelanggan Astro yang menetap di kawasan pedalaman juga mampu untuk mendengar muzik tempatan dan tradisional yang diputarkan oleh para penyampai radio dalam slanga Sabah.

''Namun, apa yang lebih penting ialah melalui stesen radio ini kami dapat menyampaikan segala maklumat berkaitan Sabah kepada orang luar. Misalnya, tempat-tempat menarik untuk dilawati di negeri ini.

''Secara tidak langsung, ia membantu dari segi sektor pelancongan Sabah dan negeri ini akan lebih dikenali ramai. Ini kerana selain menghibur kami juga mahu menyampai maklumat berguna kepada pendengar," katanya.

Constantine sebelum ini pernah bertugas di saluran radio Trax.fm RTM selama beberapa tahun.

Berasal dari Penampang, beliau berkata penambahan saluran Radio Bayu di Astro secara tidak langsung memberi peluang kepada artis-artis tempatan di Sabah untuk lebih maju dalam industri hiburan tanah air.

''Ini adalah peluang mereka untuk memaju karier sebagai penyanyi. Sebelum ini, mereka cuma dikenali di Sabah, tetapi tidak diluar. Justeru, kami galakkan agar mereka tampil menyumbang lagu-lagu mereka kepada kami.," ujarnya.

Dalam pada itu, Constantine juga berharap artis-artis tempatan di Sabah berdaftar dengan MACP (Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia) bagi mendapatkan hak royalti lagu yang disiarkan.

Sementara itu, Yuriz, 32, berkata, lagu-lagu yang disiarkan oleh Radio Bayu turut meliputi lagu-lagu lama sekitar era 70-an dan 80-an.

''Pendengar kami bukan hanya golongan muda tetapi meliputi semua peringkat usia. Lagu-lagu oleh artis seperti John Gaisah dan Kimin Mudin paling diminati ramai.

''Oleh itu, lagu yang diputarkan tidak hanya untuk hidangan halwa telinga orang muda tetapi juga orang lama," katanya.

Bagi Jamie, 23, walaupun belum setahun menceburi penyiaran, namun disebabkan minat dia berusaha untuk meningkatkan kerjayanya dalam bidang itu.

Pemegang Diploma Penyiaran daripada Institut Integriti Media Malaysia (MIIM) ini berkata, bantuan rakan sekerja seperti Constantine dan Yuriz yang tidak asing dalam bidang penyiaran banyak membantu dirinya.

''Setakat ini semua baik dan berjalan lancar. Sejak bertugas Ogos lalu kami telah dapat banyak maklum balas daripada pendengar dalam laman web kami iaitu [email protected]

''Sehingga kini lebih 4,000 rakan dalam facebook sentiasa memberi maklum balas serta cadangan kepada kami," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.