saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 26/10/2010

Gempa bumi kuat di Padang, Sumatera Barat

26/10/2010 3:21am

JAKARTA 25 Okt Kota Padang di Sumatera Barat sekali lagi dilanda gempa bumi, kali ini dengan kekuatan 7.2 pada skala Richter menyebabkan penduduk panik dan bertempiaran keluar daripada rumah mereka untuk menyelamatkan diri.

Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisikal (BMKG) Indonesia berkata gempa yang berpusat di 78 km Barat Daya Pagai Selatan Mentawai, Sumatera Barat itu, telah mengeluarkan amaran ancaman tsunami, tetapi menarik balik amaran itu pada pukul 10.50 malam ini.

Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia (PKPMI) Padang Mohd Ekhwan Darus yang dihubungi malam ini memberitahu Bernama kesemua 120 pelajar Malaysia yang berada di Padang selamat.

Gegaran yang berlaku selama kira-kira satu minit itu telah menyebabkan orang ramai keluar menyelamatkan diri dari rumah masing-masing, katanya.

Sehingga berita ini ditulis pada pukul 11 malam ini, para pelajar Malaysia telah pulang ke rumah masing-masing. BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.