saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 27/10/2010

Malaysia sedia hantar bantuan ke Indonesia

27/10/2010 10:42pm

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Malaysia sedia menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Indonesia yang terlibat dalam bencana tsunami selepas gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter yang melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Isnin lepas.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pada ketika ini pasukan bantuan kemanusiaan antarabangsa dan operasi bantuan malapetaka (HADR) dan Program Makanan Sedunia (WFP) juga sememangnya sudah bersedia pada bila-bila masa dan hanya menunggu “lampau hijau” untuk menghulurkan bantuan itu.

"Kita bersiap sedia bila-bila masa sekiranya ada kebenaran dan keizinan daripada pihak Jakarta. Dia (bantuan) tidak menunggu permintaan, kita akan berikan tawaran dan kalau mereka terima, kita akan menghantar bantuan kita,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Paul W. Jones di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Dalam pertemuan itu, mereka turut membincangkan persediaan lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton dan Setiausaha Pertahanannya, Senator Robert Gates ke Malaysia bulan ini.

Seramai 40 orang dilaporkan maut dan lebih 300 lagi hilang dalam bencana tsunami itu.

Bencana alam terus berlaku di Yogjakarta apabila Gunung Merapi meletus semalam, pada pukul 5.02 petang waktu tempatan dengan menghembus abu vulkanik setinggi 1,500 meter dan menurunkan hujan debu.

Sementara itu, MERCY Malaysia akan menugaskan Pasukan “Rapid Assessment” ke Padang berikutan bencana tsunami itu.

Dalam satu kenyataan, MERCY Malaysia berkata pasukan itu akan diketuai oleh Anggota Majlis Eksekutifnya, Norazam Ab Samah, dan disertai oleh Penyelaras Perubatan, Che Tah Hanafi.

Pasukan itu akan berlepas ke Padang esok sebelum meneruskan perjalanan ke Kepulauan Mentawai. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.