saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 28/10/2010

Puspanita JPM bantu Orang Asli


Hamidah Ibrahim dan Lai Yun Meng (kanan) bermesra dengan murid Orang Asli Sayong Pinang pada majlis bantuan di Perkampungan Orang Asli Sayong Pinang, Kota Tinggi, baru-baru ini.


KOTA TINGGI 27 Okt. - Usaha membantu golongan kurang berkemampuan adalah lumrah bagi Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam (Puspanita) Jabatan Pelajaran Malaysia (JPM) Johor, namun baru-baru ini program bantuan itu menampilkan kelainan apabila turut menghulurkan sumbangan kepada warga Orang Asli.

Pada program anjuran bersama Nestle baru-baru ini, keceriaan lebih 200 Orang Asli termasuk murid sekolah jelas terpancar bagi menghargai keprihatinan Puspanita itu.

Majlis yang penuh meriah itu dihadiri warga penduduk tiga kampung iaitu Kampung Sayong Pinang, Kampung Pasir Intan dan Kampung Kempas Menang.

Pada majlis itu, seramai 105 keluarga keturunan Jakun di sini menerima peruntukan bernilai RM10,000 yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sayong Pinang, di sini.

Bantuan berupa barangan keperluan harian dan produk Nestle telah disampaikan, Pengerusi Puspanita JPM Johor, Hamidah Ibrahim, di sekolah berkenaan.

Setiap keluarga menerima barangan keperluan harian bernilai kira-kira RM85, manakala 70 murid menerima barangan pemakanan berkhasiat dari Nestle yang dianggarkan bernilai RM20 setiap murid.

Hadir sama pada majlis itu Pengurus Perniagaan Nestle Kawasan Kulai, Lai Yun Meng dan 30 ahli Puspanita JPM Johor, Guru Besar SK Kampung Sayong Pinang, Mansor Harun dan Tok Batin Antoi Mabot.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan gotong-royong memasak masakan tengah hari dan sukaneka.

Hamidah dalam ucapannya berkata, program itu cukup baik kerana dapat mendalami secara langsung permasalahan Orang Asli.

"Program ini juga membantu kita untuk menganjurkan program serupa dalam memberi sumbangan terhadap masyarakat yang benar-benar memerlukan.

"Kami yakin dengan menerusi program dan sumbangan yang diberikan oleh sektor swasta, Nestle ini akan membuka pemikiran masyarakat Orang Asli tentang erti pembangunan dan menerimanya dengan baik," katanya.

Sementara itu, Yun Meng berkata, usaha Nestle itu adalah sebagai menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat, sekali gus membantu kerajaan membangunkan mereka yang kurang berkemampuan.

"Pada dasarnya kami cukup gembira kerana sumbangan yang dihulurkan dapat disampaikan kepada golongan sasaran dan akan meneruskan program murni ke lokasi yang dikenal pasti oleh JPM Johor," katanya.

Katanya, program sebegini merupakan acara tahunan dan ia diadakan di kawasan berbeza iaitu dengan kerjasama JPM Johor bagi mengenal pasti lokasi terpilih.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.