saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 28/10/2010

Lagu kebesaran negeri digubah semula


Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menandatangani nota muzik lagu kebesaran Negeri Sembilan sambil diperhatikan Mohamad Hasan pada Majlis Pelancaran Lagu Kebesaran Negeri Sembilan di Seremban, semalam.


SEREMBAN 27 Okt. - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir malam tadi berkenan menghadiri Majlis Pelancaran Lagu Kebesaran Negeri Sembilan yang digubah semula hasil olahan anakanda baginda, Tunku Zain Al-Abidin.

Berangkat sama pada majlis berkenaan ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, Tunku Zain Al-Abidin serta Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sementara itu, Mohamad berkata, lagu berkenaan diubah semula memandangkan banyak versi dan berlakunya perubahan dari segi tempo, melodi dan nyanyian iaitu ada perlahan dan ada agak laju.

Jelasnya, lagu Berkatlah Yang Dipertuan Besar dicipta oleh seorang pegawai British yang bertugas sebagai Pegawai Daerah, Sir Andrew Caldecott sementara liriknya pula ditulis Tunku Zakaria Mambang.

"Justeru, atas inisiatif Tunku Zain Al-Abidin, sebuah projek bagi menyusun kembali dan menyeragamkan lagu kebesaran ini dilaksanakan.

"Dengan mengekalkan melodi asal dan lirik sedikit diubah, ia bakal menjadi sebuah gubahan lagu merdu dan sedap didengar.

"Ditambah pula, dengan iringan suara harmoni dan instrumen muzik yang lebih klasik," katanya

Kata Mohamad, lagu berkenaan pertama kali diperdengarkan ketika istiadat pertabalan Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tunku Besar Mahmud selain Istiadat Pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan tahun lalu.

Sementara itu, Tunku Zain Al-Abidin berkata, idea mengubah semula lagu kebesaran Negeri Sembilan tercetus sewaktu beliau berada di luar negara.

"Kejayaan ini amat menggembirakan hasil daripada dorongan semua pihak untuk mengubah lagu ini termasuklah kerajaan negeri dalam menjayakannya dan versi baru lagu ini cukup bermakna buat saya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.