saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/10/2010

Siti Balqis ditemui di rumah kenalan di Jelebu


Norizan Said memujuk Siti Balqis Mohd. Nor di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, semalam.


BESUT 28 Okt. - Siti Balqis Mohd. Nor, 22, yang terus mencetuskan misteri apabila dikatakan hilang semula sejak Ahad lalu akhirnya ditemui di rumah kenalannya di Kampung Ulu Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, semalam.

Bagaimanapun penemuan kali ini bukan menggunakan khidmat bomoh pengamal perubatan Islam seperti mana yang dilakukan sebelum ini, sebaliknya melalui hasil siasatan polis.

Penemuan itu sekali gus menolak andaian bahawa Siti Balqis 'ghaib' kononnya masih dilarikan oleh makhluk halus pada malam Ahad lalu dan berada di Gunung Jerai, Kedah.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamarudin Mohd. Zakaria hari ini mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dekat sini mengenai penemuan Siti Balqis.

Turut hadir ibunya, Norizan Said, 47, dan dua bapa saudaranya, Abdullah Said, 72, Daerawi Said, 62, serta kenalan gadis itu, Norwaniza Ramli, 19.

Bagaimanapun sepanjang sidang akhbar itu, Siti Balqis tidak menunjukkan sebarang reaksi dan hanya mendiamkan diri apabila ditanya oleh pihak media.

Dia juga dilihat enggan memasuki kenderaan untuk dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal dekat sini sehingga ibu serta anggota keluarganya terpaksa memujuknya.

Menurut Kamarudin, berdasarkan laporan ibu Siti Balqis pada pukul 1.50 pagi, Isnin lalu, pihaknya terus menjalankan siasatan termasuk berpandukan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh Siti Balqis kepada ibunya.

''Kami mendapati, SMS itu dihantar dari Negeri Sembilan dan bukannya dari Gunung Jerai.

"Dengan kerjasama polis Negeri Sembilan, kita dapat mengesan Siti Balqis berada di sebuah rumah rakannya yang dikenalinya melalui surat-menyurat sejak lima tahun lalu di Batu 18, Kampung Ulu Klawang, Jelebu.

"Sehubungan itu, dua anggota polis telah dihantar ke sana dan dia bersama rakannya, Norwaniza telah dibawa ke sini pagi ini, "jelasnya.

Beliau memberitahu, berdasarkan tiket bas yang diperoleh, Siti Balqis menaiki bas dari Jerteh ke Shah Alam sebelum menuju Negeri Sembilan dan bercadang pulang semula ke Besut pada 31 Oktober ini.

Dia yang tidak menjelaskan punca gadis itu menghilangkan diri ke Negeri Sembilan menyifatkan kes berkenaan sebagai selesai dengan penemuannya dan tidak timbul soal disembunyikan atau ghaib.

Dengan penemuannya itu, Norizan mengucapkan terima kasih kepada pihak polis tetapi tidak pasti bagaimana kesudahan nasib anaknya itu kerana kerap ghaib dalam keadaan mengelirukan.

Sementara itu Norwaniza ketika ditemui memberitahu, dia mengenali Siti Balqis menerusi majalah Remaja lima tahun lalu dan sejak itu mereka sering berutus surat walaupun tidak pernah bertemu.

Katanya, Siti Balqis hanya memberitahunya menerusi telefon akan datang ke rumahnya dengan tujuan melawat dan pada pagi Isnin Siti Balqis tiba di rumahnya dengan sebuah teksi.

Norwaniza juga mengakui tidak pernah mengetahui mengenai kisah Siti Balqis yang menarik perhatian media kerana sering 'ghaib' sejak lebih dua bulan lalu dan menimbulkan misteri sehinggalah anggota polis datang ke rumahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.