saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/10/2010

DeVore nasihat Hillary Clinton tidak bertemu Anwar

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton dinasihatkan supaya tidak bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau melawat negara ini pada minggu depan.

Ahli Dewan Perwakilan AS dari California, Chuck DeVore berkata, Hillary tidak sepatutnya berbuat demikian kerana Malaysia bukan seburuk seperti Myanmar dan Anwar tidak mengalami nasib seperti tokoh demokrasi negara itu, Aung San Suu Kyi.

"Ketika lawatannya, Hillary mungkin akan berjumpa dengan Anwar yang dikatakan seorang pemimpin reformasi dan demokrasi yang telah ditekan secara tidak adil oleh kerajaan.

"Sebenarnya jika beliau bertemu dengan Anwar, ia hanya satu tindakan bagi meningkatkan kepura-puraannya yang merosakkan,'' kata beliau dalam tulisannya yang disiarkan oleh portal berita Big Peace di http://bigpeace.com kelmarin.

Beliau yang mewakili Parti Republikan menegaskan, Anwar tidak boleh dipercayai kerana tidak pernah berhasrat untuk melakukan reformasi terhadap kerajaan dan juga bukan penganut Islam berfahaman sederhana seperti didakwanya.

"Tidak dinafikan bahawa Anwar tahu untuk memanipulasikan ahli politik dan media Barat dengan menggambarkan dirinya perlu diberikan simpati berikutan dakwaan liwat terhadapnya,'' kata beliau.

Menurut DeVore, kesungguhan Anwar untuk melakukan reformasi terhadap kerajaan telah dicurigai sejak awal lagi berikutan tindak-tanduknya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri.

"Pada 1998, ketika pihak yang bersekutu dengan beliau mendakwa berlaku gejala kronisme dan nepotisme dalam kerajaan, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bertindak balas dengan mengeluarkan senarai nama pihak yang mendapat faedah daripada saham syarikat kerajaan yang diswastakan.

Senarai itu mendedahkan sekutu-sekutu Anwar dan kaum keluarganya turut memiliki saham dalam syarikat-syarikat berkenaan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai usaha Anwar untuk menggambarkan dirinya sebagai penganut Islam berfahaman sederhana, DeVore berkata, beliau meragui perkara itu kerana pertubuhan Yahudi, Anti-Defamation League of B'nai B'rith pernah menyifatkan Anwar sebagai anti Semitik yang tidak layak untuk bertemu dengan Hillary.

"Baru-baru ini ketika berada di New York, Anwar juga telah bertemu dengan pemimpin International Institute of Islamic Thought (IIIT) dan semua perlu tahu beliau adalah salah seorang pengasas pertubuhan ini.

"Tiga tahun lalu, Zainah Anwar (Pengarah Eksekutif Sisters In Islam) pernah menuduh pertubuhan ini cuba menyekat ajaran al-Quran yang sederhana,'' katanya.

Berdasarkan hujah-hujah berkenaan, DeVore menegaskan, beliau membuat kesimpulan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah sama seperti banyak pemimpin Islam lain yang pandai mengeluarkan ungkapan yang enak untuk didengar oleh pihak-pihak di Barat.

"Pemimpin seperti ini akan menyatakan perkara lain dan bertindak secara berbeza apabila merasakan mereka tidak diperhatikan oleh pihak-pihak di Barat.

"Jika PKR berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang, ia menandakan sekali lagi demokrasi digunakan untuk memusnahkan demokrasi,'' tegasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.