saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 01/11/2010

Pelajar istimewa sertai pertandingan catur


Mohd. Amir Zulhilmi Daim (tengah) menerima replika tajaan penginapan dan wang tunai daripada Azman Ali (kanan) sambil diperhatikan Yusof Awang Hitam selepas berjaya mendapat tempat pertama kejohanan catur di Kuala Terenggnu, semalam.


KUALA TERENGGANU 31 Okt. - Kejohanan catur pelajar-pelajar istimewa Jabatan Pendidikan Khas Negeri Terengganu yang dijadikan tradisi tahunan berlangsung di sini, kelmarin.

Permainan itu dijadikan pendekatan bagi merangsang perkembangan dan kecerdasan minda serta mengukuhkan keyakinan diri para pelajar yang berdepan dengan masalah pembelajaran itu.

Pertandingan khusus bagi pelajar bawah 15 tahun itu dianjurkan oleh Hotel Permai bersama Penyelaras UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir dengan kerjasama Jabatan Pelajaran negeri.

Ia disertai 16 pelajar yang mengalami masalah pembelajaran seperti autisme, disleksia, lembam, hyperaktif, gagal memberi tumpuan dan beberapa masalah lain.

Mereka terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketengah Jaya, Dungun; SMK Tun Telanai (Kuala Terengganu), SMK Agama Sheikh Abdul Malik dan SMK Bukit Besar (Kuala Terengganu).

Turut serta murid empat buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Bukit Besar (Kuala Terengganu), SK Gong Nangka (Marang), SK Seri Geliga dan SK Seri Gelugor (Kemaman).

Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Manir, Yusof Awang Hitam berkata, kejohanan itu mampu memberi kesedaran kepada masyarakat yang mungkin kurang mendapat pendedahan tentang pelajar yang mengalami masalah pembelajaran.

"Pihak kami kagum dengan kebolehan pelajar istimewa menguasai permainan catur kerana permainan ini memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi, kefahaman dan ingatan yang baik," katanya.

Menurut Yusof, masih ramai pelajar bermasalah pembelajaran yang belajar di sekolah biasa dan ini amat merugikan kerana tidak dapat menerima pendidikan sempurna bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.

Sementara itu, Pengurus Besar Permai Hotel, Azman Ali berkata, pelajar istimewa perlu diberi ruang untuk menunjukkan kebolehan mereka dalam bidang yang diminati.

"Dengan adanya acara seperti ini, tanggapan yang kanak-kanak bermasalah tidak berupaya untuk bermain catur yang memerlukan kemahiran berfikir, tidak lagi benar," katanya.

Dalam pertandingan, tempat pertama milik Mohd. Amir Zulhilmi Daim, 13, dari SK Pusat Bukit Besar; Anas Bazli Alias, 13, dari SMK Tun Telanai (tempat kedua), Muhammad Danial Zainuddin, 14, dari SMKA Sheikh Abdul Malik (Ketiga) dan Tuan Mohd. Solihin Tuan Zahrin, 15 dari SMK Ketengah Jaya (keempat).

Pemenang tempat pertama menerima hadiah wang tunai RM300, tempat kedua (RM200), tempat ketiga (RM100), tempat keempat (RM50) dan mereka juga menerima hadiah baucer penginapan, hamper serta sijil penyertaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.