saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 02/11/2010

Petronas Chemicals bina kilang ammonia, urea di Sabah

02/11/2010 6:10pm

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Petronas Chemicals Group Bhd. (Petronas Chemicals) akan membina sebuah kilang ammonia dan urea bernilai AS$1 bilion (RM3.09 bilion) di Sabah menggunakan sebahagian daripada hasil dana tawaran awam permulaan (IPO).

Petronas Chemicals dijangka meraih RM12.5 bilion daripada IPO itu.

Pengerusinya, Datuk Wan Zulkiflee Wan Arrifin menjangkakan projek pembinaan kilang ammonia dan urea itu, akan dapat dimulakan pada tahun kewangan hadapan.

Menurut beliau, pihaknya juga menyasarkan pembinaan Kompleks Petrokimia dengan penapisan bersepadu dalam tempoh beberapa tahun lagi, selari dengan usahanya memperkemaskan perniagaannya, mengurangkan pelepasan karbon.

``Bagaimanapun, cadangan pembinaan Kompleks Petrokimia masih terlalu awal dan belum pun berada dalam tahap kajian daya maju, kata beliau pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran prospektus Petronas Chemicals di sini hari ini.

Pelancaran itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas.

Petronas Chemicals menawarkan sejumlah 2.48 juta saham termasuk tawaran jualan oleh Petronas melibatkan 1.78 juta saham sedia ada

Daripada jumlah itu, 1.486 juta saham diperuntukkan kepada institusi tempatan dan asing dan pelabur terpilih termasuk pelabur-pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada harga institusi.

Sejumlah 293.02 juta saham tawaran runcit diperuntukan kepada orang awam, para pengarah dan kakitangan Petronas, Petronas Chemicals yang layak, anak syarikat dan pelanggan Petronas terpilih dan pihak-pihak yang terlibat dalam kejayaan Kumpulan Petronas Chemicals pada harga runcit RM5.05 sesaham.

Manakala terbitan sejumlah 700 saham baru kepada institusi Malaysia, asing dan pelabur terpilih pada harga institusi.

Petronas Chemicals adalah anak syarikat keenam yang disenaraikan di Bursa Malaysia, selain Malaysia Marine & Heavy Engineering Holdings Bhd. Petronas Dagang Bhd., Petronas Gas Bhd., MISC Bhd. dan KLCC Property Holdings Bhd.. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.