saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 03/11/2010

Penyelidik UniMAP menang anugerah Inovasi Bioteknologi 2010

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Saintis Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini berjaya melakar sejarah meraih anugerah Inovasi Bioteknologi 2010 melalui ciptaan sistem penggredan bijak automotif untuk buah-buahan tempatan menggunakan penglihatan, inframerah, e-bau (e-nose) dan bunyi.

Anugerah tersebut dianjurkan oleh Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp) iaitu sebuah badan yang diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan.

Kemenangan itu membolehkan penyelidik UniMAP membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 dan plak penghargaan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi BiotechCorp, Dr. Wan Abdul Rahaman Wan Yaacob.

Majlis penyampaian anugerah itu diadakan sempena Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2010 di sini.

Turut hadir Duta Perancis ke Malaysia, Marc Barety; Ketua Pegawai Eksekutif BiotechCorp, Datuk Iskandar Mizal Mahmood dan Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Datuk Dr. Daud Mohamad.

Penyelidik bersama untuk ciptaan tersebut, Profesor Madya Dr. Abdul Hamid Adom berkata, rekaan yang dibangunkan oleh UniMAP itu merupakan teknologi moden pertama yang dicipta untuk memeriksa kualiti buah.

"Melalui mesin ini, buah tersebut akan melalui proses pemeriksaan bukan sahaja untuk tahap kualiti luarannya tetapi juga bahagian dalam," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Menurut beliau, ciptaan tersebut juga dianggap unik kerana di samping memeriksa tahap kualiti sesuatu buah, mesin tersebut juga mengambil inspirasi daripada lima deria manusia terutamanya untuk mengetahui rasa buah tersebut.

"Mesin itu berfungsi seperti manusia memilih buah seperti memegang, menghidu dan melihat. Selain itu ia juga dibangunkan untuk merasa dan melihat isi dalam buah tanpa perlu mengupas kulit atau memakannya," jelas Abdul Hamid.

Selain UniMAP, penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa, Md. Zahangir Alam diumumkan sebagai penerima Anugerah Paling Berinovasi dan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Yaakob Che Man bagi kategori Anugerah Inovasi Harapan.

Sementara itu, kategori khas yang disediakan untuk saintis wanita iaitu Anugerah Bio Inovasi Wanita dimenangi penyelidik dari Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Noor Hayaty Abu Kassim.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.