saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 05/11/2010

Garden Avenue lokasi karnival buku


ANTARA pengunjung tapak karnival buku untuk mendapatkan pelbagai jenis buku di kawasan perumahan Garden Avenue, Seremban 2, Negeri Sembilan, baru-baru ini. - utusan/NORAZLIZA ISMAIL


SEREMBAN 4 Nov. - Yayasan Pembangunan Buku Negara kini menjadikan Garden Avenue, Seremban 2, dekat sini sebagai lokasi pertama penganjuran karnival buku di kawasan perumahan sebagai inisiatif terbaru mendekati lebih ramai peminat buku.

Ketua penyelaras program, Syamsir Nordin berkata, sebelum ini pihaknya hanya menganjurkan karnival tersebut di kawasan tumpuan orang ramai terutama di pusat membeli belah, dewan orang ramai dan kawasan lapang di bandar.

Namun, katanya pendekatan baru itu dipercayai mampu memudahkan lagi orang ramai untuk mendapatkan bahan bacaan tanpa perlu bersusah payah untuk ke kedai buku yang kebanyakannya terletak di pusat bandar.

''Kami memilih lokasi ini disebabkan kedudukannya yang strategik kerana bukan sahaja kawasan ini menjadi tapak pasar malam, malah karnival ini dibuka berhadapan beberapa sekolah di sini.

''Selain itu, deretan kedai di kawasan ini yang juga sering di kunjungi penduduk menjadikan karnival lebih mudah untuk dikunjungi orang ramai," katanya di sini baru-baru ini.

Syamsir berkata, jualan buku adalah memberangsangkan sejak pembukaannya pada 2 Oktober lalu dengan kira-kira 200 unit dijual yang menawarkan harga antara RM1 sehingga lebih RM100.

''Ramai pelanggan yang memuji usaha kami dengan mengadakan karnival di kawasan perumahan tambahan lagi bahan bacaan dari koleksi lama turut dijual menjadikan segelintir pelanggan gembira menemui buku yang sukar diperoleh di kedai buku lain," katanya.

Katanya, karnival yang akan berakhir pada penghujung bulan ini itu bakal disambung di Dataran Senawang, di sini sebagai lokasi seterusnya.

Menurut seorang pelanggan, Rozita Hussain, 54, dia sudah beberapa kali mengunjungi karnival tersebut setiap kali ke kedai dan berharap karnival sedemikian dapat diteruskan di kawasan perumahan lain ke arah memupuk minat membaca di kalangan masyarakat.

''Ini merupakan idea bernas dan buat pertama kali saya mengunjungi karnival buku di kawasan perumahan.

''Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak penganjur supaya menyediakan tempat duduk di karnival ini supaya lebih ramai pengunjung dapat menikmati bahan bacaan di sini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.