saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 05/11/2010

Mukhtasar Sahih Al-Bukhari karya Imam Al-Zabidi

Mukhtasar Sahih al-Bukhari ini disusun oleh seorang ahli hadis (muhaddith) dari Zabid, Yaman, iaitu Imam Zainuddin Abu al-Abbas Ahmad bin Abdul Latif bin Abu Bakr al-Sharji Al-Zabidi al-Yamani (wafat 893H).

Al-Zabidi berguru dengan para ulama besar pada zamannya baik yang berada di dalam kota Zabid atau dari luar kota Zabid.

Antara guru beliau ialah Sheikh Sulaiman al-Alawi, Sheikh Al-Taqi al-Fasi, Sheikh Ali bin al-Jazari, Ibn Khiat, al-Zayn al-Burshuqi, Sheikh Ahmad bin Abi Bakar al-Radad dan Sheikh Abu al-Fatah al-Maroghi.

Al-Zabidi mendengar daripada gurunya Ibn al-Jazari kitab Sunan al-Nasa'i, Sunan Ibn Majah, dan Musnad al-Syafie. Murid-muridnya terdiri daripada kalangan mereka yang berada di sekitar kota Zabid.

Selain merupakan seorang muhaddis pada zamannya, al-Zabidi juga merupakan seorang yang faqih, sasterawan dan penyair.

Al-Zabidi mempunyai karya ilmiah dalam bidang hadis. Karangannya yang paling terkenal dalam bidang hadis adalah al-Tajrid al-Sharih Li Ahadith al-Jami' al-Sahih (Mukhtasar al-Zabidi).

Selain itu beliau juga mengarang kitab Tabaqat al-Khowas mengenai ulama tasauf di Yaman dan kitab Nuzhah al-Ahbab yang mengandungi kompilasi syair dan hikayat.

Al-Zabidi wafat pada 10 Rabiulakhir 893H. (Lihat: Al-Daw' al-Lami' li al-Sakhawi jil. 1 hlm. 214-215, Syazrat al-Dzahab li Ibn al-'Imad jil. 5 hlm. 144, al-'Alaam li al-Zirikli jil.1 hlm. 91, Mu'jam al-Muallifin li Kahalah jil. 4 hlm. 42]

Keunikan dan kehebatan kitab

Keunikan dan kehebatan kitab ini terserlah melalui metodologi al-Zabidi dalam pemilihan hadis-hadis yang teliti dan penyusunan tema-tema yang jelas.

Melalui kitab Mukhtasarnya, Al-Zabidi menyaring semua hadis-hadis yang disebut berulang kali seperti yang terdapat dalam kitab Sahih al-Bukhari dan hanya mengambil hadis yang mempunyai sanad muttasil (rantaian periwayatan yang bersambung dan tidak terputus).

Tambahan pula menurut al-Zabidi, dengan sebab wujudnya sanad hadis yang banyak dan masyhur ia menyukarkan proses pencarian hadis bagi setiap pengkaji.

Berkemungkinan juga seseorang pengkaji itu hampir-hampir tidak dapat menemui hadis yang diingini sehingga setelah dia berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Al-Zabidi mengumpulkan hadis-hadis yang kelihatan bertaburan di antara bab-bab (dengan meletakkannya di satu tempat yang sesuai) sehingga tidak terdapat pengulangan hadis dalam kitab Mukhtasarnya.

Di dalam mukadimah kitabnya al-Zabidi menyatakan: "Aku ingin memilih dan menyunting hadis-hadis di dalam kitab Sahih al-Bukhari tanpa sebarang pengulangan. Aku akan alihkan daripada hadis-hadis tersebut sanad-sanadnya agar ia mudah untuk dijumpai tanpa sebarang kesukaran.

"Jika sesebuah hadis itu berulang aku akan hanya menyebutnya di permulaan, kecuali jika pengulangannya di tempat yang kedua mempunyai pertambahan lafaz atau makna (maka aku akan menyebutnya) dan jika tiada sebarang penambahan aku akan meninggalkanya.

"Berkemungkinan akan ada hadis yang disebut secara ringkas di tempat yang pertama, dan di dalam riwayat yang lain (hadis yang sama) disebut secara lebih lengkap dan memiliki penambahan makna, dalam hal sedemikian aku akan memilih yang kedua dan meninggalkan yang pertama disebabkan ia mempunyai faedah yang lain.

"Aku tidak akan menyebut hadis kecuali yang bersanad (di dalam kitab asal) dan bersambung, manakala hadis yang terputus sama ada maqtu' atau muallaq tidak akan aku nyatakan.

"Begitu juga segala yang datang daripada sahabat r.a. dan ulama selepas mereka tidak akan aku nyatakan.

"Seterusnya aku akan menyebut nama sahabat bagi setiap hadis agar diketahui siapakah yang meriwayatkannya".

Metodologi yang digunakan al-Zabidi di dalam kitabnya telah memberi nilai tambah kepada beliau serta dapatan baru yang bersifat ilmiah kepada umat Islam dalam sejarah kitab-kitab ringkasan hadis dan menjadikan kitabnya di antara kitab yang terpenting tatkala membicarakan kitab Sahih al-Bukhari karya Imam al-Bukhari.

Usaha Institut Kajian Hadis (Inhad) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) memasyarakatkan hadis penerbitan buku Mukhtasar Sahih al-Bukhari adalah antara usaha INHAD memperkaya wacana ilmu dan memperkenalkan khazanah intelektual Muslim terdahulu kitab-kitab warisan (turath).

Ia juga bertujuan memasyarakatkan buku Mukhtasar Sahih al-Bukhari sebagai bahan bacaan dan rujukan ringkas di kalangan intelektual mahupun masyarakat Muslim amnya, agar mereka mengetahui dan memahami sumbangsih Imam al-Zabidi melalui pembuktian karya ilmiah beliau yang berkualiti.

Terjemahan terhadap hadis-hadis jilid 1 al-Zabidi ini berjaya diterbitkan hasil gabungan tenaga pengarah dan kakitangan Inhad, pembantu penyelidik dan pewasit yang terdiri daripada pensyarah KUIS dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Mereka menjadi teras kepada kelangsungan dan kejayaan projek terjemahan ini berdasarkan kepakaran dalam bidang hadis serta merupakan graduan dari Universiti-Universiti Timur Tengah dari Arab Saudi, Mesir, Jordan dan Syria.

Teks-teks hadis dalam kitab ini pula adalah hasil penulisan khat tangan bagi mengekalkan seni khat Islam warisan zaman.

Adalah diharap dengan penerbitan buku terjemahan edisi Bahasa Malaysia ini oleh Inhad (KUIS) akan memberikan informasi berguna kepada semua, menjadi sumber bacaan dan rujukan di samping menyebar luaskan ilmu dan maklumat untuk lebih mengenali dan menjejaki ilmuan hadis imam al-Zabidi.

Meskipun usaha perterjemahan ringkasan al-Zabidi telah diterbitkan dalam Bahasa Indonesia, penterjemahan untaian ribuan hadis dalam ringkasan al-Zabidi dalam versi Bahasa Melayu seumpama ini amat perlu dilakukan.

Sebabnya, ada terma-terma dan perkataan-perkataan Indonesia sukar difahami berikutan ia tidak dikongsi dalam pertuturan Bahasa Malaysia.

Tidak salah umat Islam meletakkan hasil karya al-Zabidi ini dalam bidang keintelektualan dan dakwah Islamiah dalam rangka membuka minda masyarakat agar lebih proaktif dalam memahami Islam dan seterusnya melakukan loncatan saujana memperbaiki imej umat Islam di mata dunia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.