saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/11/2010

Angkara dendam tersirat?


Syamsul sibuk melayan tetamu pada majlis kesyukuran kejayaannya.


MENJAWAB persoalan ‘kutukan’ terhadap Syamsul ekoran ada agenda peribadi, Farid kedengaran begitu emosi. ‘‘Saya cemburu dengan Syamsul sebab Diana? Buat apa? Logik ke? Kenapa saya perlu cemburukan dia pula, tak ada sebab. Sepatutnya Syamsul yang perlu cemburu kepada saya sebab sekarang ni Diana sudah jadi teman wanita saya.

‘‘Saya nak ingatkan di sini, saya tidak pernah pun sentuh tentang kisah peribadi dia dengan Diana. Itu adalah cerita silam mereka. Tiada sebab pun saya mahu memperbesar-besarkan tidak tentu hala hal-hal macam itu,’’ kata lelaki 29 tahun ini dalam nada amarah pada perbualan petang Isnin lalu.

Malah, Farid secara jujur juga memberitahu dia cukup marah apabila Syamsul telah mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) secara peribadi kepadanya. Syamsul meminta agar Farid ‘tutup mulut’ dan tidak masuk campur dalam soal kemenangannya.

‘‘Dalam SMS Syamsul, dia minta saya jangan kurang ajar, berhenti cakap yang bukan-bukan tentang dirinya. Tetapi, saya peduli apa? Saya bercakap lantang ini atas kapasiti orang filem, bukan sebab peribadi pun,” bidas bekas peragawan ini.

Pengarah filem Kongsi yang bakal ditayangkan pada tahun depan ini juga menafikan cemburukan Syamsul atas faktor senioriti. Iyalah, Syamsul kan lebih muda dan kurang pengalaman berbanding dirinya. Mana mungkin dia boleh menang sedangkan terdapat calon pengarah yang lebih layak.

Lulusan bidang Seni Persembahan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor ini menakrifkan ‘rasa tidak puas hati’ yang disuarakan itu lebih kepada keseluruhan acara FFM23.

‘‘Keputusan FFM23 yang diumumkan baru-baru ini paling teruk dalam sejarah perfileman tanah air kita. Ia adalah anugerah ‘papa kepada anak tersayang’.

‘‘Nilai sahaja produk dan kualiti filem yang dihasilkan. Adakah ia benar-benar menepati piawaian dan boleh kita gelar sebagai filem terbaik dari yang terbaik?

‘‘Soal penganjuran dan pemarkahan di kalangan juri sangat dikesalkan. Berlaku diskriminasi yang paling ketara apabila melibatkan kepentingan orang-orang tertentu. Terlalu menjaga hati sebab itu anugerah diberi sama rata. Sebab itu saya berani bersuara lantang sebab saya tiada kepentingan atau geng sendiri yang perlu dijaga.

‘‘Saya memang baru dalam industri ini. Tiada kelayakan khusus untuk menilai kemampuan karyawan lain. Tetapi, apa salahnya kalau saya bercakap benar,’’ hujah lelaki berusia 29 tahun ini panjang lebar.

Ditanya sampai bilakah dia mahu terus ‘menyimpan amarah’, katanya ringkas, bergantung kepada keadaan.

Apa juga risiko yang bakal dihadapi nanti, lelaki yang membintangi hampir 30 buah filem seawal usia 22 tahun ini sanggup tanggung, termasuk jika dilabel sebagai ‘lelaki bermulut jahat’.

‘‘Soal rezeki kerja Tuhan. Sebagai manusia, saya pasti berusaha untuk periuk nasi saya. Sudah 10 tahun saya dalam industri, saya tahu kemampuan diri sendiri, mana kekuatan dan kelemahan Farid Kamil di bidang pengarahan atau lakonan.

‘‘Saya tidak mahu dikata ‘bacul’ kalau terus mengangguk kepala atas perkara secara terang-terangan salah. Bukan saya seorang yang cakap dia tak layak, satu Malaysia kata macam tu,’’ luah Farid penuh yakin.

Diajukan persoalan sama ada Farid akan melayangkan bendera kedamaian terlebih awal kepada Syamsul, dia sepi seketika sebelum menjawab ‘‘Prinsip tetap prinsip. Jangan campur aduk sama sekali. Apa pun saya telah luahkan kekecewaan saya terhadap industri seni ini.

‘‘Perlu ada satu peristiwa yang boleh menyedarkan semua pihak. Kalau tidak, kita berada di takuk lama atau lebih teruk lagi sekiranya makin undur ke belakang.

“Saya akui memang saya tidak layak untuk besarkan isu ini. Sekurang-kurangnya, ada pihak tertentu yang mendengar keluhan ‘hamba seni’ seperti saya ini,’’ jawab Farid terus terang.

‘‘SMS yang saya hantar kepada Farid Kamil bukan berbau ugutan. Ia sekadar luahan seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan sahabatnya. Itu sahaja.

‘‘Saya cukup terasa dengan bait kata Farid. Dia macam mahu tikam saya. Teruk sangatkah saya ini sampai tidak layak jadi pemenang? Atau saya ini tak cukup ilmu atau tak cukup matang kalau nak dibandingkan dengan dia?,’’ soal Syamsul.

Kiriman pesanan SMS itu berbunyi - “Farid, berhentilah dari keluarkan kenyataan. Aku tak mahu bermusuh dengan siapa-siapa.”

Bagaimanapun sehingga hari ini SMS itu tidak berbalas , beritahu Syamsul.

Pengarah muda yang dikenali dengan filem genre aksi, Evolusi KL Drift, Bohsia, Evolusi KL Drift 2 dan terbaru Khurafat ini juga tidak sangka, Farid yang disifatkan sebagai teman rapat itu sebenarnya tidak mengiktiraf persahabatan yang telah dijalin selama ini.

‘‘Terbukti apabila Farid mengeluarkan frasa puas hati atas kejayaan Bront Palare sebagai Pelakon Lelaki Terbaik kerana dia adalah sahabatnya. Saya tertanya-tanya, apakah saya ini bukan sahabat dia?

‘‘Sedangkan kami pernah keluar bersama dan berkongsi macam-macam idea untuk filem. Sebagai sahabat dia sepatutnya perlu terima kemenangan saya dengan rela hati kerana itu keputusan pihak juri,’’ ujarnya.

Mengorek punca perbalahan yang mengaitkan perselisihan faham di kalangan mereka berdua, Syamsul sekadar mengangkat bahu. Tidak mengerti apa yang menjadi punca kemarahan Farid.

‘‘Terus terang, saya membalas semula kenyataan Farid bukan kerana saya cemburu. Saya tak kisah pun dia nak bercinta dengan sesiapa termasuk Diana Danielle.

‘‘Kisah antara saya dengan Diana sudah lama tamat. Dah hampir dua tahun berlalu. Tak ada apa lagi yang mahu diungkit,” cerita ujar Syamsul tentang kisah cinta lamanya.

Pengarah berusia 26 tahun ini mengakui tidak pernah berhubung sama sekali dengan wanita berkenaan selepas mereka putus. Farid tidak perlu risau kerana dia sendiri tidak akan kembali ke sisi bekas kekasihnya itu.

‘‘Takkan mungkin kami bersama lagi, tak perlu risau. Yang sudah tu sudahlah. Kalau bertembung sekali pun di mana-mana majlis, bukan mudah untuk melihat kami berbual waima bertanyakan khabar,’’ katanya jujur.

Kini, apa yang disesalkan Syamsul apabila persahabatan menjadi mangsa hanya sejurus selepas dia dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik pada 24 Oktober lalu.

‘‘Farid mengatakan saya tidak patut menang. Saya memang sedih dengan kata-kata dia sebab saya jangka kemenangan itu sepatutnya menjadi inspirasi buat angkatan pengarah muda termasuk dia. Lagipun dia juga berlakon dalam filem tu.

‘‘Bercakap seolah-olah dia seorang saja yang pandai bikin filem, mana boleh macam itu?

‘‘Farid perlu cakap berlapik, jangan sampai kata-

kata itu menyakiti pihak lain. Tindakan dia salah, sepatutnya kaji dahulu apa yang menyebabkan saya menang.

‘‘Kita perlu berfikiran terbuka, jangan terhad kepada satu pandangan sahaja. Sebab itu, jangan sesekali merasa karya kita terbaik sebab itu hanya pandangan kita saja, sedangkan mungkin orang lain akan fikir ada yang terbaik berbanding kita.

‘‘Saya sendiri tidak mengatakan naskhah saya paling bagus. Tapi pada saya tak baik kalau kita merendah-rendahkan karya orang lain. Ini semua tidak adil buat orang yang teraniaya macam saya,’’ luahnya lagiyang tidak punya masalah untuk bersemuka dengan Farid.

‘‘Saya sedia jumpa dia sebab saya jenis yang tidak mahu bermusuh dengan sesiapa. Industri kita ini kecil je. Jangan kerana satu anugerah, kita semua berpecah belah. Saya harap dia faham.

‘‘Saya yakin dia pun boleh, tunggu sahaja rezekinya nanti. Pasti dia pun boleh menang juga, ’’ katanya penuh harap agar kekusutan itu segera berakhir.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.