saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 07/11/2010

40,000 netbook untuk pelajar di Kelantan

07/11/2010 5:47pm

JELI 7 Nov. - Pelajar sekolah di Kelantan akan menerima 10,000 netbook menerusi fasa pertama Program Pemberian Netbook 1Malaysia di negeri itu, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, pengagihan akan dibuat secara berperingkat bermula di sini hari ini, dan akan diperluas ke seluruh negeri mengikut daerah.

"Ini fasa pertama dan fasa kedua akan melibatkan sejumlah 30,000 netbook lagi.

"Ini merupakan salah satu inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan di bawah program Pemberian Netbook 1Malaysia sebanyak satu juta unit kepada pelajar dengan nilai keseluruhan RM1 bilion," katanya kepada pemberita selepas penyerahan netbook kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas di sini.

Seramai 1,500 pelajar dari sekolah menengah di daerah ini menerima netbook tersebut hari ini.

Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata, pemberian netbook itu juga selaras dengan matlamat kerajaan untuk mencapai 50 peratus penembusan jalur lebar pada kalangan isi rumah di seluruh negara menjelang hujung tahun ini.

Di Kelantan, sasaran ditetapkan pada 27 peratus dan sehingga Oktober lepas, penembusan jalur lebar di sini sudah mencapai 20 peratus, katanya. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.