saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 08/11/2010

Atasi pencemaran Sg. Sarawak

KUCHING 7 Nov. – Kerajaan negeri berusaha meningkatkan semula kualiti air Sungai Sarawak dengan mengatasi masalah pencemaran yang berlaku di sungai tersebut menerusi kerjasama Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Abang Openg berkata, untuk tujuan tersebut Jawatankuasa Pengurusan Sungai Sarawak diwujudkan bagi memantau usaha memastikan kualiti serta kebersihan Sungai Sarawak terus terpelihara.

Menurutnya, jawatankuasa tersebut akan dipengerusikan bersama oleh beliau dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas.

‘‘Projek pembersihan itu yang dijangka menelan belanja besar akan dilaksana bersama Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

‘‘Antara faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada pencemaran Sungai Sarawak ialah anak-anak sungai yang tercemar dan kita juga telah kenal pasti sungai terbabit di negeri ini iaitu Sungai Padungan, Sungai Gersik, Sungai Bedil, Sungai Maong, Sungai Sinjan dan Sungai Kudei,” katanya.

Beliau sebelum itu merasmikan Masjid Darul Ibadah Kampung Kudei, Jalan Rubber Barat yang turut dihadiri Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof.

Abang Johari berkata, bagi Sungai Bintangor pula, ia telah berjaya dibersihkan, namun pada masa ini ia masih menerima sisa-sisa kekotoran daripada Pasar Satok.

Katanya, beliau percaya apabila Pasar Satok dipindahkan ke Medan Pasar Satok yang baru kelak, maka kerja-kerja pembersihan anak-anak sungai terbabit dapat dilaksanakan sekali gus boleh mengekalkan kebersihan serta kualiti air Sungai Sarawak.

Dalam perkembangan lain, Abang Johari memberitahu, pihaknya akan bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) dalam mengumpul serta menyeragamkan data para pemohon yang memohon Rumah Mampu Milik di negeri ini.

Menurutnya, maklumat tersebut turut dimasukkan ke dalam data Jabatan Perumahan Negara supaya jabatan itu mengetahui jumlah pemohon dari Sarawak untuk rumah jenis berkenaan.

‘‘Permohonan untuk Rumah Mampu Milik di Sarawak telah meningkat secara mendadak terutama di bandar-bandar utama seperti Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu dan ia disebabkan trend penghijrahan ke bandar oleh penduduk dari kawasan luar bandar.

‘‘Maka, data ini kita akan gunakan dalam Jawatankuasa Setinggan Sifar yang juga dipengerusikan oleh saya sendiri untuk tindakan,’’ katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.