saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 10/11/2010

Anak tetak ibu hingga mati

PEKAN 9 Nov. - Entah apa yang merasuk dirinya, seorang pemuda dipercayai menuntut ilmu sesat tergamak menetak sehingga mati ibu kandungnya di kepala menggunakan kapak di rumah mereka di Felda Chini Timur 1 di sini, semalam.

Kejadian menyayat hati pukul 10.30 malam itu berlaku ketika mangsa, Che Wa Isa, 57, sedang mengangkat kain jemuran di beranda rumahnya.

Che Wa yang mengalami pendarahan serius akibat tetakan itu sehingga terkeluar cebisan otaknya meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Pekan di sini.

Ketua Polis daerah, Supritendan Yahaya Othman berkata, semasa kejadian, suami Che Wa dan anak bongsu mereka sedang berada di dalam rumah.

Katanya, suspek berusia 23 tahun yang berada di beranda tiba-tiba meluru ke arah ibunya lalu menetak kepala Che Wa dengan kapak pemotong buah sawit.

"Suspek melarikan diri sebelum polis berjaya memberkasnya di sebuah pondok di belakang rumah jirannya, kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

"Turut ditemui kapak besi yang digunakan untuk menetak ibunya," katanya di sini hari ini.

Menurut Yahaya, hasil soal siasat mendapati suspek dipercayai telah menuntut ilmu sesat sehingga mempunyai niat untuk membunuh ibunya.

"Suspek memberitahu ibunya itu telah lama mati dan hanya tinggal jasad yang dihantui saka dan santau. Dia juga menganggap dirinya umpama toyol," katanya.

Beliau berkata, ujian air kencing juga mendapati suspek yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu didapati positif dadah jenis ganja.

Yahaya menambah, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.