saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 10/11/2010

Kes Aminulrasyid: Tembakan mungkin untuk hentikan kenderaan

10/11/2010 8:29pm

SHAH ALAM 10 Nov. - Seorang saksi dalam perbicaraan kes kematian Aminulrasyid Amzah di Mahkamah Sesyen di sini tidak menolak kemungkinan bahawa tembakan yang dilepaskan ke kereta jenis Proton Saga Iswara berwarna putih dipandu mangsa pada hari kejadian bertujuan memberhentikan kenderaan itu.

Ketua Unit Senjatapi dan Kesan Alat dari Seksyen Kriminalistik, Bahagian Forensik, Jabatan Kimia, Shaari Desa berkata demikian ketika bersetuju dengan cadangan dikemukakan peguam M. Athimulan yang mewakili tertuduh, Koperal Jenain Subi.

Athimulan mengemukakan cadangan itu berdasarkan keterangan Shaari dalam prosiding semalam bahawa beliau menemui sebanyak 32 lubang dan lekukan peluru di bahagian belakang dan bawah kereta bernombor pendaftaran BET 5023 itu.

Bagaimanapun saksi ke-24 pendakwaan itu berkata beliau tidak mengetahui tujuan sebenar tembakan pada kereta yang dipandu mangsa ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Dusuki Mokhtar.

"Tujuan sebenar berlaku tembakan saya tidak tahu tetapi saya bersetuju dengan peguam kerana berdasarkan pada corak tembakan di bahagian belakang ke bawah kereta ada kemungkinan ia untuk menghentikan kenderaan itu, katanya semasa menyambung keterangannya pada perbicaraan Jenain, 48, yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini, antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi, pada 26 April lepas. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.