saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 11/11/2010

Polis siasat blog ugut AC Mizal

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Polis sedang menyiasat beberapa blog berhubung dakwaan ugutan melampau dan fitnah terhadap pelakon dan pengacara AC Mizal (gambar) dipercayai bertujuan memusnahkan perniagaan yang dijalankannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Supritendan Amiruddin Jamaluddin berkata, siasatan sedang dijalankan, bagaimanapun beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dakwaan terbabit.

"Tiada sebarang petunjuk atau bukti yang menunjukkan ugutan itu dilakukan oleh individu pesaing dalam perniagaan dilakukannya.

"Sehubungan itu, pihak polis sedang mengumpul maklumat dan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

"Setakat ini, tiada individu dipanggil untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan pelakon dan pengacara berstatus Datuk itu membuat laporan polis Isnin lalu, mendakwa menerima ugutan melampau dan fitnah dalam beberapa blog.

Antara ugutan itu berbunyi 'elok sembelih je kot' dipercayai ditulis individu yang juga pesaing dalam perniagaan yang dilakukannya.

Antara tuduhan yang menjejaskan reputasi artis itu dalam blog terbabit adalah mengenai harga serta jualan produk milik syarikatnya selain dakwaan dia cuba menipu pelanggan dengan testimoni palsu.

Dalam pada itu, Amiruddin turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung blog-blog berkenaan untuk tampil membantu siasatan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.