saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 11/11/2010

Air bersih: Rakyat Kelantan perlu tunggu 17 tahun lagi?

KOTA BHARU 10 Nov.- Rakyat negeri ini terutama di kawasan luar bandar terpaksa menunggu selama 17 tahun lagi untuk menerima bekalan air bersih sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Mejar (B) Datuk Md. Anizam Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri melalui syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) sedang berusaha bagi memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan ke seluruh negeri dalam tempoh tersebut.

"Kerajaan memang bercadang membekalkan seluruh Kelantan dengan air bersih pada tahun 2027," katanya ketika menjawab soalan Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Chetok) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Terdahulu, Abdul Halim dalam soalannya meminta Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sama ada kerajaan Pas Kelantan bercadang untuk menyediakan bekalan air bersih di setiap kampung di negeri ini dan bila masalah tersebut akan dapat diselesaikan.

Masalah bekalan air yang berlaku di negeri ini bukan isu baru dan ia telah berlarutan sejak 20 tahun lalu biarpun Kerajaan Persekutuan telah memberikan bantuan kewangan lebih RM500 juta kepada kerajaan Pas Kelantan.

Sebelum ini, kerajaan Pas Kelantan telah membuat pelbagai kenyataan selepas diasak oleh pelbagai pihak ekoran kegagalan mereka untuk menguruskan air di negeri ini.

Pada 4 September 2003, AKSB dilaporkan memberi jaminan bahawa semua masalah berkaitan bekalan air di negeri ini akan dapat diselesaikan sepenuhnya menjelang Oktober 2004.

Pengurus Hal Ehwal Pelanggan AKSB ketika itu, Nik Raihan Abd. Rahman berkata, masalah seperti tekanan air rendah dan kualiti air yang berkarat akan dapat diatasi dalam tempoh berkenaan.

Tiga tahun kemudian, pada Sidang DUN 14 November 2006, Md. Anizam dilaporkan berkata, kerajaan Pas Kelantan menjangkakan seluruh rakyat akan dapat menikmati bekalan air bersih sepenuhnya pada 2010.

Beliau pada 22 Mei tahun lalu sekali lagi menyatakan bahawa AKSB sedang mengenal pasti kawasan yang mengalami tekanan air rendah terutama di kawasan pedalaman untuk dibina pam air yang diimport dari Denmark.

Sementara itu, ketika menjawab soalan Muhammad Mustafa (Pas-Demit), Md. Anizam berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM36.9 juta pada tahun lalu untuk membina kemudahan kepada rakyat seperti pembinaan masjid, jalan, membina dan memperbaiki rumah.

"Bagi membina dan memperbaiki jalan kampung, pada 2008 kerajaan negeri memperuntukkan RM10 juta; 2009 (RM10 juta) dan 2010 sebanyak RM10 juta.

"Kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemudahan rakyat, sebagai contoh semalam kita menambah peruntukkan sebanyak RM2 juta untuk memperbaiki jalan kampung," katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.