saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/11/2010

Kami Prihatin di USJ15 hari ini


Enam kanak-kanak pelbagai kaum memegang glob sebagai simbolik menyelamatkan dunia pada raptai Hari Kanak-Kanak Sedunia, semalam.


SUBANG JAYA 12 Nov. - Bersempena Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan 2010 di Kompleks Sekolah Wawasan di USJ15 dekat sini esok, kempen Kami Prihatin turut terlibat menyertai sambutan.

Sambutan bertemakan Keselamatan Kanak-Kanak di Tangan Kita: Bertindaklah! yang bermula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang itu akan dirasmikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Selain pameran bagi membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap gejala penderaan kanak-kanak dan buang bayi, Kempen Kami Prihatin kali ini turut menyediakan aktiviti interaktif terutama dengan murid sekolah di ruang gerai yang disediakan.

Antaranya mini studio Utusan Malaysia, program motivasi bersama Fazley Yaakob di samping kuiz dan permainan congkak serta beramah-mesra dengan artis seperti Dafi, Alif Satar dan Imran Ajmain.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Noramni Mohd. Yusoff berkata, pelbagai acara lain yang menarik disediakan bagi mengisi program sehari tersebut.

Selain gerai Kami Prihatin, terdapat 22 gerai lagi melibatkan 15 agensi termasuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, bomba, polis dan Telekom Malaysia selain penampilan Upin & Ipin.

Menurut Noramni, matlamat sambutan adalah mengetengahkan kepentingan menjaga keselamatan kanak-kanak di sekolah, rumah dan dalam komuniti.

Tambahnya, talian Childline yang merupakan cabang Talian Nur akan turut dilancarkan esok.

Nombor talian tersebut adalah sama seperti Talian Nur (15999) namun ia akan disambungkan terus kepada kaunselor terlatih untuk kanak-kanak meluahkan segala masalah yang dihadapi mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.