saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 14/11/2010

Petugas media dihalang buat liputan perasmian sultan

14/11/2010 1:37pm

ALOR SETAR 14 Nov. Beberapa petugas media termasuk jurugambar Utusan Malaysia hari ini dihalang daripada membuat liputan perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Ketiga Mesyuarat Bajet 2011 oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Wartawan Utusan bagaimanapun berjaya menyusup masuk untuk membuat liputan tersebut.

Mereka yang dihalang ialah jurugambar Utusan, Halim Khalid; krew berita TV3; krew berita RTM; jurugambar Berita Harian; dan wartawan kanan Malaysiakini, Susan Loone.

Semua mereka dihalang masuk ke Wisma Darulaman yang menempatkan DUN oleh para pengawal keselamatan di pintu masuk bangunan berkenaan pada kira-kira pukul 8.50 pagi.

Menurut Halim, beliau dihalang masuk dengan alasan akhbar Utusan Malaysia tidak ada dalam senarai media yang dijemput untuk membuat liputan persidangan berkenaan oleh kerajaan Pas Kedah.

Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid kesal dengan tindakan itu sambil menyifatkan ia telah menafikan hak Sultan Kedah untuk menyampaikan titah ucapan kepada seluruh rakyat negeri ini melalui liputan media massa.

Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional turut mengkritik tindakan kerajaan Pas Kedah itu kerana ia tidak pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini. Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.