saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 15/11/2010

SMKA Segamat raih Anugerah Penyertaan Tertinggi

SEGAMAT 14 Nov. - Menerusi penyertaan 1,011 naskah tulisan jawi, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Segamat berjaya menggondol Anugerah Penyertaan Tertinggi dalam pertandingan Seni Jawi Nusantara tahun ini.

Pertandingan anjuran Utusan Malaysia menerusi sisipan Utusan Melayu Mingguan dengan kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) itu menyaksikan sekolah berkenaan memperoleh hadiah wang RM1,333.33 serta plak.

Hadiah tersebut disampaikan Setiausaha Angkasa negeri Johor, Prof. Madya. Dr. Rosman Md. Yusoff kepada Pengetua SMKA Segamat, Siti Esah Abd. Latif di sekolah berkenaan di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran negeri Johor, Mohd. Basari Abd. Manan; Ketua Biro Utusan Malaysia Johor, Luqman Haziq Abdullah serta Eksekutif Kanan Pengurusan Jenama Kumpulan Utusan, Rahmah Sulaiman.

Menurut Siti Esah, pihaknya sentiasa memberi penekanan kepada para pelajar untuk mengecapi kecemerlangan dalam kedua-kedua bidang akademik serta kokurikulum.

"Dalam pertandingan Seni Jawi Nusantara ini, pihak sekolah sememangnya memberi galakan kerana program ini dapat membantu para pelajar menghayati keindahan tulisan Jawi dan membantu mempertahankan kesinambungannya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas Hari Kecemerlangan KoKurikulum Pelajar SMKA Segamat Mahrajan Imtiazi IV 2010 di sini.

Siti Esah berkata penyertaan para pelajar tingkatan enam sekolah tersebut dalam pertandingan itu hasil dorongan dan bimbingan oleh guru sekolah berkenaan, Ustaz Rumaja Sarmin.

"Hubungan Ustaz Rumaja dengan para pelajar amat rapat dan kerana beliaulah, para pelajar begitu bersemangat untuk menyertai pertandingan ini," katanya.

Sementara itu, Mohd. Basari memuji usaha Utusan Malaysia untuk memperkasakan tulisan Jawi dan ia wajar diperluaskan lagi bagi membolehkan tulisan tersebut diwarisi generasi akan datang.

"Apabila ada galakan, secara tidak langsung para pelajar akan mendekati tulisan Jawi dan mereka boleh mengembangkan bakat dalam seni tulisan khat," katanya.

Pertandingan Seni Jawi Nusantara yang disasarkan kepada pelajar sekolah menengah di seluruh negara itu memerlukan para peserta menulis enam rangkap puisi Sasterawan Negara, A. Samad Said bertajuk 'Merindui Buku' dalam tulisan Jawi.

Sebanyak 14,560 penyertaan diterima dalam pertandingan tahun ini dengan metodologi tulisan dan dekorasi adalah terbuka kepada kreativiti pesrta yang merangkumi kaligrafi Arab, teknik berus Cina, lukisan warna air serta tampalan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.