saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/11/2010

Chatting turut sumbang kepada perceraian

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Chatting atau berbual di Internet merupakan antara penyumbang kepada peningkatan kes perceraian di kalangan pasangan Islam di negara ini.

Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Datuk Nakhaie Ahmad (gambar) berkata, ini kerana chatting biasanya disusuli dengan pertemuan yang jika diketahui oleh suami atau isteri boleh menyebabkan perceraian.

"Chatting didapati tiada landasan moral atau etika kerana mereka yang terlibat menganggap tiada sesiapa mengetahuinya.

"Kadang kala isteri chatting dengan orang lain serta disusuli pertemuan di luar rumah dan sekiranya diketahui oleh suami akan menyebabkan perceraian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nakhaie mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha bahawa perkahwinan dalam tempoh 10 tahun terdedah kepada keruntuhan rumah tangga.

Beliau menambah, golongan isteri juga terlalu sensitif terhadap poligami sehingga sanggup meminta cerai sekiranya mengetahui suami mempunyai hubungan sulit dengan kakitangan wanita sepejabat.

Katanya, pergaulan bebas dan perbuatan sumbang suami dengan kakitangan wanita di pejabat jika diketahui oleh isteri juga akan menyumbang kepada perceraian.

Dalam pada itu, katanya, tiada peraturan khusus boleh menyekat perhubungan antara kakitangan wanita dan lelaki melainkan dengan keimanan, pegangan agama dan tatasusila.

Beliau menasihatkan pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga supaya mempunyai pekerjaan untuk menyara kehidupan keluarga dan bukan bergantung kepada ibu bapa.

Peguam syarie, Ikbal Salam pula berpendapat, faktor lazim perceraian ialah masalah ekonomi, kurang pengetahuan agama dan tidak setaraf (sekufu) antara pasangan.

Bagaimanapun, katanya, tanggapan serong kepada suami yang ingin berpoligami juga antara punca perceraian.

"Sebagai pengamal undang-undang sivil dan syariah saya mendapati banyak kes isteri memberontak kerana enggan menerima suami yang ingin berpoligami.

"Isteri pertama berasa tergugat dan akan memberi kata dua kepada suami untuk menceraikannya jika berhasrat untuk berkahwin lain," katanya.

Ikbal memberitahu, dalam keadaan tersebut kebahagiaan pasangan berkenaan akan mula berkurangan dan seterusnya menuju kepada perceraian setelah suami berasakan isteri menyekatnya daripada berpoligami.

Walaupun isteri menentang suaminya berpoligami, katanya, dalam beberapa kes tertentu perkahwinan kali kedua dan seterusnya tetap dilakukan di luar negara.

Koordinator Program Pengajian Gender Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Shanthi Thambiah pula berkata, beberapa ratus tahun lalu suami isteri Melayu bertani, menjaga anak-anak dan melakukan kerja rumah bersama yang menyumbang kepada hubungan yang erat antara mereka.

"Hari ini amalan itu berkurangan sebaliknya pasangan kurang menghormati antara satu sama lain, enggan berkongsi tanggungjawab seperti menjaga anak-anak dan melakukan kerja-kerja rumah bersama," katanya.

Jelasnya, keadaan itu jauh berbeza di Eropah dengan trend penurunan kadar perceraian berikutan sikap saling menghormati antara suami isteri serta semangat sebagai 'rakan kongsi' yang kukuh menghadapi kehidupan berkeluarga.

Katanya, masyarakat di Eropah mula menghargai nilai-nilai hidup berkeluarga, perkahwinan, perkongsian hidup serta anak-anak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.